
Oh! Negara
Menteri Cadang Naikkan Umur Persaraan Kepada 65 Tahun, Ini Jawapan PMX
Sebelum ini, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) ada memberi cadangan supaya kerajaan meneliti semula had usia persaraan sedia ada, dengan mencadangkan agar ia dilanjutkan daripada 60 kepada 65 tahun.
Menurutnya, ramai individu berusia 60 tahun ke atas masih aktif dan berupaya untuk menyumbang. Malah, beberapa negara lain juga telah menetapkan had usia persaraan yang sama seperti cadangan tersebut.
Wajar atau tidak sebenarnya?
Terbaru, menerusi laporan daripada Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan untuk melanjutkan had usia persaraan ke 65 tahun itu wajar diberi perhatian dan pertimbangan.

Beliau menjelaskan lagi, cadangan itu sudah diambil maklum namun belum dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan oleh Jemaah Menteri.
(Cadangan) itu belum dibawa ke Kabinet, selalunya kertas (cadangan) akan dibincangkan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Jadi biar mereka kaji implikasinya, (soal) kewangan, peluang pekerjaan baharu. Banyak implikasinya.-Katanya
PMX juga menambah, cadangan itu akan dikaji dengan agensi berkaitan untuk meneliti aspek peluang pekerjaan, implikasi kos dan hal-hal berkaitan lainnya.
Pssttt! Cadangan melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun ada baik dan buruknya. Ia boleh membantu pekerja menambah pendapatan dan memanfaatkan pengalaman mereka. Namun, ia juga boleh menjejaskan peluang pekerjaan untuk golongan muda. Oleh itu, kerajaan perlu kaji secara mendalam agar keputusan yang dibuat seimbang dan adil untuk semua pihak.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
