Connect with us

Oh! Media

Menantu Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin Berdepan Tuduhan Pecah Amanah

Muhyiddin yassin menantu interpol ohmedia

Oh! Negara

Menantu Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin Berdepan Tuduhan Pecah Amanah

Hari ini, Ketua Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan tentang kertas siasatan membabitkan Muhammad Adlan Berhan, 48 telahpun disiapkan.

Untuk pengetahuan korang, Muhammad Adlan adalah menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menghilangkan diri sejak Mei tahun lalu. Sehingga ke hari ini dia masih belum pulang ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT).

Jadi, kita sudah hantar kertas siasatan itu bagi pertuduhan di mahkamah,” Katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) kali ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Sebelum itu, beberapa dokumen diperlukan, termasuk draf pertuduhan kes, membabitkan dua individu berkenaan diserahkan kepada PDRM bagi melengkapkan permohonan Notis Merah.

IKLAN

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas