Connect with us

Oh! Media

anwar ibrahim

Oh! Negara

“Memang Saya Pelawa Dia Bantu” – Anwar Ibrahim Sahkan Anaknya Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Tapi..

Sebentar tadi Ohmedia ada kongsikan berita tentang pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lepas.

BACA: Perdana Menteri Ke-10 Terima Penasihat Kanan Baru Bagi Ekonomi Dan Kewangan

IKLAN

Kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan anaknya dipelawa jawatan berkenaan tanpa sebarang bayaran elaun.

Tidak dibayar sebarang elaun…

Memang saya minta dia, pelawa dia untuk membantu saya sebagai Penasihat di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepada dia, baik di Pejabat Perdana Menteri dan di Kementerian Kewangan.

Anwar Ibrahim dalam pada itu mendakwa pihak yang mengatakan anaknya tidak mempunyai kelulusan dalam bidang kewangan sebagai tidak teliti.

Apakah seorang menteri kesihatan mesti seorang doktor? Ataupun seorang menteri air mesti seorang engineer, tak pernah berlaku macam itu.

Untuk pengetahuan, Nurul Izzah mempunyai kelulusan berkaitan kejuruteraan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas