Connect with us

Oh! Media

MCMC Siasat Video Fitnah Kaitkan Tabung Haji

Ohmedia fahmi fadzil sekolah

Oh! Negara

MCMC Siasat Video Fitnah Kaitkan Tabung Haji

MCMC siasat video fitnah Tabung Haji, individu terlibat berdepan denda sehingga RM500,000.

Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ni makin banyak video pelik-pelik dekat media sosial. Kali ni, Lembaga Tabung Haji (TH) sendiri jadi mangsa bila ada pihak yang sebarkan video penuh tuduhan melulu dan fitnah yang boleh kacau reputasi mereka.

Disebabkan benda ni makin serius, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus masuk campur untuk siasat siapa dalang di sebalik sebaran palsu tu.

MCMC maklumkan individu terbabit sedang dikenal pasti…

Utu fahmi 7 scaled 1

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, sahkan MCMC dah terima laporan rasmi daripada TH. Katanya, siasatan sekarang dibuat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

IKLAN

Individu yang didapati menyebarkan fitnah terbabit kini sedang dikenal pasti untuk tindakan lanjut mengikut saluran undang-undang.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap sebaran palsu tersebut yang merupakan satu jenayah serius.- Katanya.

Kalau sabit kesalahan, pelaku boleh kena denda sehingga RM500,000. Berat juga tu!

Tabung Haji buat laporan polis dan MCMC…

Tabung haji buildingjpg

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, maklumkan yang pihaknya dah pun buat laporan polis serta kepada MCMC.

Beliau tegaskan, video dengan provokasi dan tuduhan tak berasas tu bukan saja mengganggu operasi, tapi juga boleh kelirukan masyarakat.

Malah, Mustakim jelaskan lagi bahawa pelan penjenamaan semula yang TH tengah laksanakan sebenarnya bertujuan memperkasakan semula peranan institusi itu supaya umat Islam boleh mengembangkan simpanan dan menunaikan ibadat haji dengan lebih baik.

Pssttt! Bila bab fitnah ni, jangan sesekali main-main korang. Sekali tekan butang share tanpa fikir, kesannya boleh besar sampai libatkan undang-undang. Jadi, kalau nampak video atau posting yang meragukan, semak dulu sebelum percaya bulat-bulat. Ingat, jari kita yang tekan tu boleh jadi saksi juga nanti.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas