Connect with us

Oh! Media

MCA Gesa Perdana Menteri Arahkan Menteri Kewangan Untuk Lepaskan Jawatan!

anwar ibrahim

Oh! Negara

MCA Gesa Perdana Menteri Arahkan Menteri Kewangan Untuk Lepaskan Jawatan!

Kejap kejap, Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan orang yang sama kan? Apapun, sekarang ni, MCA dalam satu kenyataan menggesa Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan.

ADVERTISEMENT

Gesaan ini timbul selepas ada desas-desus tentang rombakan kabinet dan beberapa Menteri turut diminta untuk diganti dengan orang lain.

Mike Chong, jurucakap parti MCA turut meminta Anwar menumpukam urusan pentadbiran negara dan melantik Menteri Kewangan kedua untuk tumpu kepada hal-hal ekonomi.

Berikutan itu, kami menyeru Perdana Menteri mempertimbangkan untuk mengambil pilihan yang disebutkan di atas untuk memberi tumpuan yang lebih baik dalam menyelesaikan dilema ekonomi negara.

Bukan hanya itu, MCA turut mencadangkan agar Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dipecat kerana dilihat gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Dia bukan sahaja gagal menghalang masalah ini daripada berlaku, malah juga gagal menangani kenaikan harga barangan keperluan harian yang mendadak.

Setakat ini, PMX masih belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi mengenai rombakan kabinet dan semua Menteri masih menjalankan tugas mereka seperti biasa.

Kredit: Malaysiakini

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas