Connect with us

Oh! Media

Mantan SUSK Buat Dakwaan Mengejutkan Tentang Rina Harun, “Diva Dan Hipokrit”

Rina

Oh! Negara

Mantan SUSK Buat Dakwaan Mengejutkan Tentang Rina Harun, “Diva Dan Hipokrit”

Kecoh di media sosial, seorang wanita menyeru pengundi di Batu Tiga Shah Alam supaya berfikir dengan baik dan tak mengundi Datuk Seri Rina Harun.

Jom lihat perkembangan terkini jumlah kerusi PRN di enam buah negeri di SINI. #PRN2023

Difahamkan, tiga calon bertanding iaitu Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional), Danial Al-Rashid (Pakatan Harapan) dan Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen (MUDA).

IKLAN

BACA: Lando Zawawi Dakwa Duit Banyak Habis, Rasa Tertipu  Dengan Parti Diwakilinya Sehingga Putuskan Tak Jadi Bertanding PRN

Wanita yang mengaku sebagai mantan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Datuk Seri Rina Harun ini mendakwa Rina seorang yang hipokrit dan berlagak diva.

Rina harun
Kredit Twitter

Dakwanya lagi, tak sampai setahun berkhidmat, dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tak tahan dengan perangai bekas menteri itu.

Rina Harun dicampak dari Sepang, orang tak guna kau letak dekat Shah Alam. Kesianlah masyarakat Shah Alam. Masyarakat Shah Alam tolong jangan pilih Rina Harun yang tak ada kepimpinan sebagai seorang pemimpin. Beliau adalah seorang hipokrit dan terlampau diva.

Dakwanya, Rina Harun akan mengabaikan penduduk Shah Alam selepas menang. Dia memberi contoh yang pernah berlaku di Titiwangsa. Jadi, dia merayu orang Shah Alam buat keputusan bijak jika tak mahu menyesal selama 5 tahun.

Orang Titiwangsa menderita 5 tahun sebab tak dapat dana, tak dapat jumpa dia langsung. Dia hanya dengan lagak dia, diva dia.

Saya sebagai SUSK dia dulu, orang Titiwangsa datang nak jumpa, “Cik Hamidah boleh ke nak jumpa YB?”

Saya kata boleh sebab itu tanggungjawab dia sebagai menteri. Tapi dia tak balik-balik lepas meeting.

Dakwanya, dia terpaksa tebal muka ‘cover’ bagi pihak Rina Harun kononnya ada hal kabinet di luar apabila tak turun berjumpa rakyat.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas