Connect with us

Oh! Media

Majoriti Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021 & Diluluskan

ohmedia belanjawan2021

Oh! Negara

Majoriti Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021 & Diluluskan

Selepas melalui minggu yang panjang dalam Dewan Rakyat, hari ini majoriti Ahli Parlimen yang hadir ke Dewan Rakyat telah sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) atau Belanjawan 2021.

BACA: Berita Gembira! Semua 8 Juta Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM10,000

Keputusan ini juga dapat dicapai daripada pihak kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.

IKLAN

Sebelum ia diluluskan, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membuat penggulungan perbahasan selama 1 jam termasuklah mengumumkan pengluaran RM10,000 Akaun 1 untuk semua 8 juta ahli KWSP.

Selepas selesai, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah mengumumkan sokongan Ahli Parlimen dan ini membolehkan kerajaan menggunakan dana yang telah dibentangkan di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun 2021.

Semoga dengan ini, negara kita terus kuat mengharungi cabaran ekonomi dunia terutama di saat dunia masih berperang dengan wabak Covid-19.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas