Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Arah Muhyiddin Bayar RM1.3 Juta Kepada Guan Eng Isu Fitnah Cukai Yayasan Albukhary

ohmedia muhyiddin yassin kalah saman guan eng

Oh! Negara

Mahkamah Arah Muhyiddin Bayar RM1.3 Juta Kepada Guan Eng Isu Fitnah Cukai Yayasan Albukhary

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi sebanyak RM1.3 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berikutan kenyataan fitnah berhubung isu cukai Yayasan Albukhary.

Keputusan ini diumumkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain setelah mendapati Guan Eng berjaya membuktikan dakwaannya terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Kenyataan fitnah Muhyiddin Yassin jejas reputasi

image

Roz Mawar menyatakan bahawa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tanpa asas, yang memberi kesan buruk kepada reputasi Guan Eng. Mahkamah turut mengarahkan Muhyiddin untuk menarik balik kenyataan tersebut serta tidak mengulanginya.

IKLAN

Mahkamah memutuskan kenyataan itu telah menyebabkan reputasi Guan Eng terjejas dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Dakwaan fitnah berkaitan Yayasan Albukhary

image

Kes ini bermula apabila Guan Eng menuntut Muhyiddin memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwanya bermaksud beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan untuk mengenakan cukai tidak wajar ke atas Yayasan Albukhary.

Menurut Guan Eng, kenyataan Muhyiddin juga menggambarkannya bersifat anti-Melayu dan anti-Islam, seolah-olah mensasarkan yayasan berkenaan atas dasar perkauman.

Muhyiddin Yassin dituntut buat permohonan maaf

image

Guan Eng turut menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dan penyiaran permohonan tersebut di media sosial Muhyiddin, portal berita, serta akhbar.

Keputusan mahkamah ini menyaksikan penyokong Guan Eng di bilik bicara bersorak gembira, manakala Muhyiddin tidak hadir dalam prosiding tersebut.

ohmedia muhyiddin yassin kalah saman guan eng

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Gazette


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas