Connect with us

Oh! Media

“Mahiaddin Yassin Seolah-Olah Terus Meroyan Bila Gagal Dilantik Sebagai PM” – Zahid Hamidi

Zahid Hamidi

Oh! Negara

“Mahiaddin Yassin Seolah-Olah Terus Meroyan Bila Gagal Dilantik Sebagai PM” – Zahid Hamidi

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ciapan di Twitter meluahkan rasa kecewa melihat barisan kabinet kerajaan perpaduan yang dianggapnya sebagai paling mengecewakan dalam sejarah negara.

Beliau merasakan seperti itu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

BACA: Ini Pandangan Muhyiddin Yassin Selepas Lihat Barisan Kabinet Perpaduan PM Anwar Ibrahim

IKLAN

Terbaru, Zahid Hamidi berkata Pengerusi Perikatan Nasional itu seolah-olah terus meroyan apabila beliau gagal membentuk kerajaan dan dilantik menjadi Perdana Menteri.

Zahid hamidi1

Katanya lagi, Muhyiddin Yassin perlu akur hakikat kabinet perpaduan dan bukannya menuduh pembentukan kerajaan serta kabinet atas penipuan terhadap mandat rakyat.

Mahiaddin lupa kuasa perlantikan Perdana Menteri ialah atas kuasa Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Zahid Hamidi memohon bekas Perdana Menteri itu supaya menghormati pelantikan ini. Menurut beliau, Muhyiddin dan sekutunya perlu rasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu.

Mahiaddin dan sekutu perlu belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya merengek serta meroyan tidak dapat menerima hakikat beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan gagal membentuk kerajaan. Belajarlah juga menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Dalam hantaran itu, beliau turut menjelaskan kritikan terhadap Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan.

Zahid hamidi muhyiddin

Jelas beliau, dengan rekod cemerlang Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia, ianya sudah tentu mampu mendapatkan keyakinan pelabur asing.

Kredit: Facebook Zahid Hamidi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas