Connect with us

Oh! Media

MAHB Cadang Bina KLIA3, Tampung Jumlah Penumpang Yang Semakin Meningkat

Ohmedia copy of Untitled Design 9

Oh! Negara

MAHB Cadang Bina KLIA3, Tampung Jumlah Penumpang Yang Semakin Meningkat

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka akan mendapat terminal baharu dan peningkatan kapasiti untuk menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat.

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya sedang mempertimbang beberapa projek pembesaran KLIA oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

KLIA1 dan KLIA2 akan dinaik taraf, KLIA3 dalam perancangan

Copy of Untitled Design 4
Kredit foto MAHB

Menerusi laporan daripada The Star, antara cadangan pembesaran jangka panjang ini termasuk projek peningkatan secara berperingkat untuk KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA Terminal 2 (T2).

IKLAN

Projek ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti T1 hampir dua kali ganda dari 30 juta penumpang setahun (mppa) kepada 59 mppa, manakala kapasiti T2 pula akan meningkat dari 45 mppa kepada 67 mppa.

MAHB turut mempertimbangkan untuk membangunkan landasan keempat serta Terminal 3 (T3) di KLIA pada masa hadapan.-Katanya

Keseluruhan pelan pembesaran jangka panjang ini dianggarkan mampu meningkatkan kapasiti KLIA kepada 140 juta penumpang setahun (mppa) dan menambah jumlah pergerakan pesawat setiap jam daripada 108 kepada 154.

MPPA bermaksud “Million Passengers Per Annum”

Bakal bina terminal khas untuk jemaah haji dan umrah

Whatsapp image 2022 08 13 at 13112 pm
Kredit foto Kosmo

Kementerian itu juga memaklumkan bahawa MAHB juga merancang untuk membina dua terminal baharu, iaitu terminal premium dan persendirian (PPT) serta terminal khas untuk jemaah haji dan umrah.

Terminal premium ini dijangka mampu menampung sehingga 100 penumpang dalam satu masa dan dirancang untuk mula beroperasi pada tahun hadapan. Terminal haji dan umrah pula dirancang untuk mempunyai kapasiti sebanyak lima juta penumpang setahun.

Sebaik sahaja terminal ini beroperasi, pemeriksaan imigresen pra-kelulusan oleh kerajaan Arab Saudi akan dilaksanakan di KLIA.

Langkah ini akan menjimatkan masa penumpang di mana-mana lapangan terbang destinasi, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Arab Saudi.-Katanya

Pihak kementerian juga berkata, cadangan ini hanya boleh dilaksanakan oleh MAHB dengan kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi untuk menyediakan kemudahan pra-kelulusan tersebut.

Shutterstock 2287379921
Kredit foto Airport Review

Untuk penyelesaian jangka pendek, MAHB telah memulakan langkah pengoptimuman T1, termasuk pemindahan syarikat penerbangan ke T2.

Selain itu, pemasangan kiosk kemudahan kendiri, penambahan 20 gerbang automatik, serta penambahbaikan pengurusan trafik dan pekerja asing yang dijangka siap akhir tahun ini.

Loke berkata sedemikian semasa sesi Dewan Rakyat menjawab pertanyaan oleh YB Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang), mengenai pelan jangka pendek dan panjang kerajaan untuk memperbaiki atau membesarkan KLIA bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penerbangan serantau dan antarabangsa.

Ohmedia copy of Untitled Design 9

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: The Star


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas