Oh! Negara
Lelaki Indonesia Guna MyKad Orang Lain Selama 12 Tahun
Lelaki Indonesia dihukum penjara 3 bulan sebab guna salinan MyKad orang lain lebih 12 tahun.
Seorang lelaki warga Indonesia akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selepas menyamar menggunakan salinan MyKad milik orang lain selama lebih 12 tahun. Perbuatannya terbongkar bila cap jari tak sepadan masa urusan di pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Kes ni dibicarakan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh dan tertuduh terus mengaku bersalah atas kesalahan tersebut. Lebih mengejutkan, sepanjang tempoh itu dia siap guna MyKad tu untuk mohon lesen beca dan kad keselamatan pekerjaan.
Lelaki Indonesia guna MyKad alamat Melaka
Abdul Adi, 47, didakwa guna salinan MyKad atas nama Eddy Shahrizal Ab Karim sejak sekian lama. Alamat yang digunakan pula terletak di Bertam Malim, Melaka.
Perbuatannya terbongkar di Bahagian Penguatkuasaan JAIM pada 8 Januari lalu kira-kira jam 12 tengah hari. Pegawai buat semakan cap ibu jari dan imej dari sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati maklumat itu langsung tak sepadan dengan identiti sebenar tertuduh.
Disebabkan itu, Abdul Adi terus disabitkan dengan kesalahan bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
Tanpa rasa takut, mohon lesen beca dan kad keselamatan

Lebih mengejutkan, tertuduh dikatakan gunakan identiti palsu tu untuk mohon lesen beca Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sejak tahun lepas.
Tak cukup dengan tu, dia juga dapatkan kad Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) seolah-olah tiada masalah langsung.
Tertuduh dalam rayuannya minta hukuman ringan sebab katanya masih perlu sara isteri dan tiga anak yang masih bersekolah. Tapi, pegawai pendakwa JPN, Mohd Nasrom Mohd Yusof, minta hukuman berat.
Kesalahan ini amat serius dan boleh menjejaskan integriti serta mengancam keselamatan negara.- Katanya.
Mahkamah akhirnya putuskan hukuman penjara tiga bulan bermula dari tarikh Abdul Adi ditangkap.
Pssttt! Ohmedia nak pesan, jangan sesekali ambil mudah soal identiti dan dokumen rasmi negara. Salah guna MyKad bukan setakat salah, tapi boleh bawa ancaman besar kepada keselamatan kita semua.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM