Connect with us

Oh! Media

KTMB Tegas Tak Akan Tukar Nama, Simbol Warisan Tanah Melayu

ktmb

Oh! Negara

KTMB Tegas Tak Akan Tukar Nama, Simbol Warisan Tanah Melayu

Siapalah yang bagi cadangan nak tukar nama ni? Apapun, walaupun timbul cadangan agar nama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ditukar kerana dianggap sudah tidak relevan dengan zaman moden, syarikat tersebut tampil menegaskan pendiriannya bahawa nama itu tetap akan dikekalkan.

Nama bawa nilai sejarah dan identiti negara…

Menurut KTMB, nama yang digunakan sejak penubuhannya pada tahun 1885 ini bukan sekadar sebutan, tetapi menyimpan nilai sejarah dan menjadi lambang pembangunan negara sejak sekian lama.

IKLAN

Keretapi Tanah Melayu mencerminkan warisan ini. Namun, sebagaimana Malaysia telah melalui evolusi, KTMB juga telah berkembang seiring.- Kata syarikat itu dalam satu kenyataan rasmi.

KTMB juga menjelaskan bahawa meskipun nama syarikat kekal, mereka turut bergerak seiring zaman dengan memperkenalkan perkhidmatan moden seperti ETS, KTM Komuter dan KTM Intercity.

Guna jenama lain untuk kekal relevan…

KTMB turut menambah bahawa mereka bijak menyesuaikan pendekatan pemasaran dengan menggunakan jenama perkhidmatan yang lebih mesra pengguna, seperti ETS yang menjadi pilihan ramai untuk perjalanan jarak jauh.

Kesemua ini merupakan jenama yang dikenali ramai, dan pendekatan pemasaran kami juga mencerminkan kejelasan ini untuk membina identiti jenama yang lebih kukuh di bawah KTMB.- Jelasnya lagi.

Bekas wartawan cadangan tukar nama KTMB…

Cadangan menukar nama KTMB mula timbul apabila seorang bekas wartawan menyatakan bahawa istilah ‘keretapi’ dilihat menggambarkan kenderaan lama dan istilah ‘Tanah Melayu’ pula sudah tidak mencerminkan identiti negara kini.

Namun begitu, KTMB menyambut baik maklum balas tersebut dan menjadikannya sebagai peluang untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan mereka kini jauh lebih moden dan berpandangan ke hadapan.

Walaupun nama Keretapi Tanah Melayu mencerminkan konteks sejarah, perkhidmatan KTMB adalah berpandangan ke hadapan, sejajar dengan kemajuan teknologi dan penambahbaikan berfokuskan pelanggan.- Tambah kenyataan itu.

Pssttt! Dalam usaha kita mengejar kemajuan, jangan sampai kita lupakan sejarah. Nama seperti KTMB bukan sekadar label, ia simbol warisan negara. Yang penting, perkhidmatan dan kualiti sentiasa bergerak ke hadapan.

Kredit: Malay Mail
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas