Connect with us

Oh! Media

“Kerja Kuat, Gaji Tak Ambil” – Netizen Puji PMX, Baru Tiba Di Malaysia Terus Mesyuarat

Anwar Bahrain Mesyuarat

Oh! Negara

“Kerja Kuat, Gaji Tak Ambil” – Netizen Puji PMX, Baru Tiba Di Malaysia Terus Mesyuarat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang ke Malaysia selepas menamatkan lawatan rasminya ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota Sheikh Salman Hamad Al Khalifa.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi PMX, beliau tiba di Malaysia sekitar jam 5 pagi tadi sebelum terus menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya.

Netizen kagum dengan semangat PMX

Image
Kredit foto Facebook Anwar Ibrahim

Semasa mesyuarat, PMX memaklumkan bahawa beliau turut berkongsi hasil lawatan ke Bahrain dan Brunei, yang diyakini memberi impak positif dalam mengukuhkan serta memperluas kerjasama dan sinergi baharu.

IKLAN

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap semangat dan komitmen PMX yang tidak menunjukkan keletihan walaupun baru sahaja pulang dari lawatan luar negara.

Ramai yang memuji ketahanan beliau dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin negara walaupun sudah berusia 78 tahun, malah ada yang menyifatkan keupayaannya untuk terus bekerja sebaik tiba sebagai contoh kepimpinan yang sangat berdedikasi.

Netizen doa semoga urusan PMX dipermudahkan

Image
Kredit foto Facebook Anwar Ibrahim

Di ruangan komen, netizen turut mengucapkan penghargaan serta mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus memimpin negara dengan cemerlang.

Tidak kurang juga yang menyifatkan kecekapan dan ketekunan PMX sebagai satu inspirasi kepada generasi muda dalam mengutamakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Image
Image
Image
Image

#Apakataohmedia

Sebagai rakyat, kita harus menghargai pemimpin yang komited dalam menjalankan tugasnya. Namun, dalam masa yang sama, penting untuk kita tidak terlalu taksub sehingga mengabaikan aspek kritikal dalam menilai kepimpinan.

Sokong dengan bijak, tegur dengan berhemah, dan pastikan setiap pemimpin terus bekerja demi rakyat, bukan sekadar meraih pujian.

Anwar Bahrain Mesyuarat

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook
Rujukan kami: Anwar Ibrahim


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas