Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Rancang Sita Akaun Bank Bekas Suami Yang Culas Bayar Nafkah Anak

Ohmedia mahkamah

Oh! Negara

Kerajaan Rancang Sita Akaun Bank Bekas Suami Yang Culas Bayar Nafkah Anak

Dalam menangani masalah culas membayar nafkah anak, kerajaan sedang merancang langkah yang lebih proaktif iaitu menyita akaun bank bekas suami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sedang berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membolehkan langkah itu dibuat melalui perintah mahkamah syariah.

Kerajaan sedang buat perbincangan dengan pelbagai jabatan

Nafkah

Memetik laporan Bernama, Dr Mohd Na’im berkata lagi, kerajaan sedang memperkukuh pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah melalui pelbagai cara, termasuk tindakan undang-undang dan kerjasama dengan agensi lain seperti LHDN, JPJ, SSM, PERKESO dan JPN.

IKLAN

Langkah ini juga membantu mengesan majikan serta alamat terkini penghutang penghakiman supaya tindakan dapat diambil dengan lebih berkesan.

Selain itu, BSK turut memberi kesedaran kepada waris lain yang berkaitan agar memahami tanggungjawab nafkah terhadap anak-anak seperti yang ditetapkan undang-undang dan hukum syarak.

Ujarnya lagi, langkah jangka panjang ini bukan sahaja menjamin kesinambungan perkhidmatan BSK. Malah memperkukuh sistem kehakiman syariah demi menjaga hak wanita, anak-anak dan kesejahteraan institusi kekeluargaan Islam.

Pssttt! Langkah ini patut dipuji kerana selama ini ramai ibu tunggal yang terpaksa menanggung beban nafkah sendirian. Kalau betul dapat dikuatkuasakan, sekurang-kurangnya ada keadilan buat mereka yang teraniaya. Nafkah bukan pilihan tapi tanggungjawab yang wajib ditunaikan.

Kredit: Bernama
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas