Connect with us

Oh! Media

Serahan Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Setiap Murid Tahun 2026 Bermula 11 Januari

Ohmedia pmx

Oh! Negara

Serahan Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Setiap Murid Tahun 2026 Bermula 11 Januari

Bantuan Awal Persekolahan RM150 diteruskan untuk 2026, serahan tunai bermula 11 Januari di sekolah seluruh negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan lagi untuk sesi tahun 2026.

Menerusi satu kenyataan, KPM berkata, bantuan bernilai RM150 ini diberikan secara one-off kepada setiap murid warganegara tanpa mengira latar belakang pendapatan keluarga.

Bantuan awal persekolahan RM150 diteruskan

Bantuan Awal Persekolahan

Difahamkan, lebih 5.2 juta murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6 bakal menerima manfaat ini bagi membantu kos penyediaan kelengkapan sekolah.

IKLAN

Agihan tunai bermula 11 Januari 2026

Bantuan Awal Persekolahan

Menurut pengumuman rasmi, agihan BAP akan dibuat secara tunai sepenuhnya melalui sekolah masing-masing bermula 11 Januari 2026.

Penyerahan akan dilakukan melalui sesi pertemuan yang diatur antara ibu bapa dan guru bagi memastikan proses lebih tersusun dan berkesan.

Melalui infografik rasmi yang dikongsi, bantuan ini diberikan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa atau penjaga. Ini bermaksud setiap murid warganegara Malaysia layak menerima RM150 tersebut.

Pssttt! Bantuan seperti ini walaupun sekali bayar, tetap membantu mengurangkan beban ibu bapa yang setiap tahun perlu menyediakan perbelanjaan sekolah anak-anak. Oh! Media berharap proses agihan berjalan lancar dan semua murid menerima manfaat tanpa sebarang keciciran.

Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas