Oh! Negara
“Kerajaan Perlu Wajibkan Rakyat Keluar Mengundi” – Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan bercadang supaya kerajaan mewajibkan supaya keluar mengundi atau dikenakan tindakan ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.
BACA : Agong Titah Segerakan Usul Undi Percaya PM Baharu Bila Dilantik
Menurut laporan Berita Harian, beliau juga berkata bahawa ramai pemilih yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara dalam pilihan raya sebelum ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mereka yang keluar undi hanya 82.32 peratus. Daripada 14.9 juta pengundi, yang keluar cuma 12.2 juta. Lagi 2.7 juta ini tidur ke? Mereka tidak keluar mengundi walaupun lima tahun sekali.
Lihat data Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong. Hanya 43 peratus keluar mengundi. PRK Seri Setia (44 peratus). PRK Sungai Kandis (49.4 peratus). Semua di bawah 50 peratus.
Menurutnya juga, kawasan ketua pembangkang iaitu PRK Port Dickson juga hanya 58.2 peratus sahaja yang keluar mengundi.
Apa pandangan korang?
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM