Oh! Negara
Kerajaan Bakal Lancar Dasar Pendidikan Digital Tak Lama Lagi
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melakukan pembentangan melibatkan Rancangan Malaysia Kedua Belas di Parlimen.
Dalam pembentangan yang dibuat, beliau telah berkongsi pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan dalam terus memacu negara ke hadapan.
Malah, antara inisiatif yang diumumkan adalah Dasar Pendidikan Digital dan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurutnya, Dasar Pendidikan Digital atau DPD akan dilaksanakan dalam usaha untuk melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Sementara itu, inisiatif utama DPD adalah pelaksanaan program latihan kompetensi digital pendidikan, penambah-baikkan kurikulum, program pendidikan dan mewujudkan pasukan jauhari pendidikan digital.
Tambahan, pendekatan ini dijangka akan memastikan kefasihan digital dalam kalangan guru, murid dan pemimpin sekolah.
Bukan itu sahaja, ia turut akan mengurangkan jurang digital di antara sekolah tidak kira lokasi.
BACA: PM Anwar Ibrahim Sekali Lagi Gesa MOF Cepatkan Proses Tender Projek Tebatan Banjir
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa Ketua Setiausaha Perbandaharaan (KSP) Kementerian Kewangan (MOF) untuk segerakan proses tender projek tebatan banjir.
Kredit: amanz
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM