Oh! Negara
Kematian Kadet UTM: MINDEF Nafi Wujud Unsur Penderaan
MINDEF sahkan tiada unsur penderaan dalam kematian kadet UTM, punca sebenar tunggu laporan makmal.
Ketika ini, kita bukan hanya tertumpu dengan kes Zara Qairina tetapi kes kematian seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sertai latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) turut menjadi tumpuan.
Ini apabila, pihak keluarga menuntut agar siasatan dilakukan selepas mendakwa anaknya telah didera ataupun dibuli. Disebabkan itu, pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) tampil menjelaskan perkara sebenar.
Tiada kecederaan fizikal pada kadet UTM…
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata hasil siasatan mendapati latihan yang dijalankan jurulatih adalah mengikut garis panduan PALAPES. Malah, laporan hospital juga mengesahkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.
Hospital mengesahkan tidak ada apa-apa kesan kecederaan pada jasad Allahyarham dan ini selari dengan dapatan polis.- Katanya.
Punca sebenar kematian pula masih dalam siasatan dan dijangka akan diketahui selepas laporan analisa makmal siap dalam tempoh sebulan atau dua.
Latihan PALAPES ikut prosedur…
Berdasarkan siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keterangan daripada jurulatih serta kadet yang berada di lokasi, semua aktiviti dijalankan mengikut prosedur ditetapkan.
Menurut Mohamed Khaled, tiada unsur penderaan ditemui setakat ini, malah pegawai PALAPES serta pasukan paramedik tentera turut memberi bantuan kecemasan awal kepada Allahyarham mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Mengulas permintaan ibu mangsa untuk melakukan bedah siasat kedua, Mohamed Khaled menjelaskan perkara itu bukan di bawah kuasa MINDEF, sebaliknya ia terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, keputusan punca kematian hanya akan dapat dipastikan selepas semua hasil makmal diperoleh, yang mungkin mengambil masa beberapa bulan.
Pssttt! Kes macam ni memang sensitif, sebab ia melibatkan nyawa dan emosi keluarga mangsa. Sebelum buat sebarang spekulasi, lebih baik kita tunggu hasil siasatan penuh supaya kebenaran dapat diketahui. Ingat, setiap berita yang kita kongsi boleh beri kesan besar pada keluarga yang sedang berduka.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM