Connect with us

Oh! Media

Kebakaran Dahsyat Gegar Putra Heights, PMX Bagi Bantuan Segera

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

Kebakaran Dahsyat Gegar Putra Heights, PMX Bagi Bantuan Segera

Suasana Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan penuh ceria bertukar panik buat penduduk Putra Heights, Selangor apabila kawasan kediaman mereka dikejutkan dengan kebakaran besar melibatkan saluran paip gas PETRONAS.

Api yang marak seakan-akan membentuk letupan cendawan dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer, mencetuskan detik mencemaskan pada hari kedua Syawal.

Kebakaran yang berlaku pagi tadi memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights selepas beberapa rumah dilaporkan terjejas teruk.

IKLAN

Anggota bomba berkejar ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan memberikan bantuan segera.

Menurut saksi kejadian, situasi yang berlaku diibaratkan seperti satu bencana dahsyat.

Macam gempa bumi, gegar kuat sangat dan api menjulang tinggi. Kami terus keluar dari rumah sehelai sepinggang.- Ujar seorang penduduk.

PMX umum bantuan segera kepada mangsa terlibat…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir ke lokasi kejadian bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi meninjau keadaan serta mendengar taklimat dari pasukan keselamatan.

Beliau turut mengumumkan bantuan tunai RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas dan RM2,500 kepada setiap mangsa.

Pasukan Bomba Selangor memaklumkan bahawa api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.45 petang tadi. Menteri Kesihatan juga mengesahkan bahawa tiada kematian dilaporkan setakat ini.

#ApaKataOhmedia

Kejadian ini mengingatkan kita semua agar sentiasa berwaspada dan peka dengan sebarang kemungkinan bahaya, walaupun di kawasan yang kita anggap selamat.

Dalam situasi kecemasan, keutamaan adalah keselamatan nyawa. Patuhi arahan pihak berkuasa dan jangan sesekali mengambil risiko yang boleh mengancam nyawa sendiri atau orang tersayang.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas