Connect with us

Oh! Media

“Kami Mahu Pulang Segera” – Warga Palestin Buat Kecoh Lagi, Kali Ini Sampai Bakar Cadar

Ohmedia copy of Untitled Design 66

Oh! Negara

“Kami Mahu Pulang Segera” – Warga Palestin Buat Kecoh Lagi, Kali Ini Sampai Bakar Cadar

Tular video di aplikasi Tiktok memaparkan warga Palestin, sekali lagi membuat kecoh dengan merosakkan dan membakar harta benda di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Terbaru, menerusi kenyataan rasmi daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), disahkan berlakunya insiden kekecohan melibatkan warga Palestin pada Sabtu sekitar jam 5.00 petang di pusat transit tersebut.

Punca kekecohan, warga Palestin mahu pulang segera

Image

Menurut pihak ATM, mereka berkata kekecohan ini dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.

IKLAN

Akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama dengan warga Palestin yang terlibat.

Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL.-Katanya

Netizen mohon kerajaan bertindak segera!

Image

Sebelum kejadian ini, pernah berlaku situasi yang lebih kurang sama pada Oktober lalu. Dilaporkan kekecohan pada waktu itu warga Palestin tidak berpuas hati dihalang oleh pihak ATM, untuk menginap di luar pusat transit tersebut.

BACA: Tular Video Warga Palestin Buat Kecoh Di WTKL, Tak Puas Hati Tak Dibenarkan Menginap Di Luar

Rata-rata netizen meluahkan rasa kebimbangan dan mahu kerajaan melakukan sesuatu supaya insiden seperti ini tidak berulang lagi, walaupun sudah berlaku dua kali.

U1
Image
Image
Image
@midkiners

@anwaribrahimofficial 4 Jan 25 jam 5pm, rakyat Palestin mogok di Wisma Transit Kuala Lumpur, banyak peralatan dirosakkan dan dibakar. Mohon tindakan Tan Sri hantar mereka pulang. palestine gaza freepalestine malaysia un

♬ original sound – Amir Ahmad – Amir Ahmad
Ohmedia copy of Untitled Design 66

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: ATM


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas