Connect with us

Oh! Media

“Kami Bukan Ancaman, Cukup Dilayan Macam Manusia..” – Surat Terbuka Buat Menteri Kesihatan

Ohmedia kkm menteri kesihatan produk kosmetik

Oh! Negara

“Kami Bukan Ancaman, Cukup Dilayan Macam Manusia..” – Surat Terbuka Buat Menteri Kesihatan

Suara hati petugas kesihatan akhirnya diluahkan dalam satu surat terbuka penuh emosi yang dikarang oleh seorang doktor perubatan, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad.

Surat tersebut ditujukan khas kepada Menteri Kesihatan dan kerajaan Malaysia agar membuka mata terhadap beban luar biasa yang ditanggung barisan hadapan sektor kesihatan negara.

Tak minta KKM layan seperti menteri, cukup seperti manusia!

Menurut Dr Ahmad Fadhzil, beliau bukan hanya bersuara untuk dirinya sendiri, tetapi mewakili ribuan petugas lain termasuk doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan (MA) dan ahli farmasi yang telah lama berjuang dalam sistem yang semakin menekan.

IKLAN

Cuba bayangkan, kalau mak ayah kita kerja dari 7 pagi, berdiri, tukar lampin orang tua, lari ke X-ray, kena marah depan pesakit, ikut doktor-doktor buat round, kena buat laporan, balik lambat, anak di rumah makan mi segera.

Agak-agak, boleh tahan ke hidup macam tu 30 tahun? Itulah kehidupan pekerja kesihatan di Malaysia hari ini.- Katanya.

Beliau turut mendedahkan realiti kerja yang meletihkan dan memberi tekanan emosi, di mana ada dalam kalangan mereka bekerja lebih 60 jam seminggu dan hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali sahaja dalam seminggu.

Img 5684

Beliau juga menyuarakan kekecewaan apabila tiada pengiktirafan terhadap pengorbanan yang dilakukan.

MA tolak pesakit 200 kilogram tanpa lif khas. Jururawat tak berhenti, tukar lampin, bersihkan darah dan urus emosi. Ahli farmasi semua kerja tanpa penghargaan.- Tambahnya.

Tuntut reformasi sistem kesihatan negara…

Img 5685

Melihat kepada tekanan yang tidak berkesudahan, Dr Ahmad Fadhzil mencadangkan lima reformasi penting termasuk penubuhan Suruhanjaya Khas Barisan Hadapan, pemberian dua hari cuti kesihatan mental automatik setahun, dasar penyatuan keluarga penjawat awam, sistem kerja fleksibel dan pengiktirafan Hari Barisan Hadapan Nasional.

Kami jaga negara waktu pandemik. Tetapi sekarang kami tanya, siapa pula jaga kami?- Katanya penuh harapan.

Img 5686

Beliau menutup surat dengan seruan yang cukup mendalam dengan kata-kata ini, “Kami bukan ancaman. Kami tulang belakang. Tulang belakang pun boleh patah kalau selalu dibebani. Ini bukan rayuan, ini seruan reformasi”.

Img 5687

Pssttt! Setiap insan yang bekerja dalam bidang kesihatan bukan sekadar pekerja, mereka adalah wira senyap yang mempertaruhkan jiwa dan masa demi menyelamatkan nyawa. Sudah tiba masanya suara mereka didengari dan perubahan sebenar dilakukan. Sistem yang kuat datang dari tenaga kerja yang dihargai, bukan diperah tanpa simpati.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas