Connect with us

Oh! Media

Ini Nasib Khemah Biru Di Pantai Telok Kemang Mulai 18 November

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Negara

Ini Nasib Khemah Biru Di Pantai Telok Kemang Mulai 18 November

Aktiviti sewaan khemah biru yang sering mencetuskan konflik di Pantai Telok Kemang bakal dihentikan berkuat kuasa 18 November depan.

Notis yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyatakan semua khemah dan peralatannya perlu dibersihkan daripada tapak perniagaan.

Notis yang ditandatangani oleh Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid, menyenaraikan alasan keputusan ini, termasuk impak negatif terhadap imej Port Dickson sebagai destinasi peranginan.

IKLAN

Sewaan khemah di Pangai Telok Kemang ganggu pengunjung…

Img 7222

Kegiatan sewaan ini sering menimbulkan rungutan orang awam yang dihalang oleh peniaga untuk menggunakan kawasan pantai. Arahan terbaru ini melibatkan beberapa pantai lain juga, termasuk Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.

Tindakan ini diambil bagi memberi laluan kepada pembaharuan peraturan dan memastikan pengurusan perniagaan di pantai lebih teratur.

Notis tegas! Patuhi atau berdepan tindakan…

Img 7221

Selain menghentikan aktiviti sewaan, MPPD mengingatkan bahawa segala peralatan yang tidak dialihkan akan dilupuskan tanpa sebarang notis lanjut.

MPPD juga mengingatkan peniaga bahawa sebarang perniagaan tanpa kebenaran akan diambil tindakan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Pihak MPPD menyarankan peniaga untuk membersihkan segala peralatan seperti khemah, meja, kerusi, payung, dan binaan lain yang mungkin masih ada di kawasan pantai selepas tempoh akhir. Jika ada yang ingkar, peralatan tersebut akan dilupuskan oleh pihak majlis.

Img 7220

#OhmediaNasihat

Keselesaan dan keindahan pantai awam adalah hak bersama. Sebagai peniaga, hormatilah ruang yang dikongsi dengan orang awam dan patuhilah arahan pihak berkuasa.

Keputusan MPPD ini bertujuan untuk kebaikan semua pihak demi mengekalkan imej pantai kita sebagai destinasi yang bersih dan menarik.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas