Connect with us

Oh! Media

Hannah Yeoh Bidas Dakwaan Razman, Bakal Hantar Surat Dari Peguam!

Ohmedia ebf61ce1 e818 4959 ab04 c8c8fad6d9e5

Oh! Negara

Hannah Yeoh Bidas Dakwaan Razman, Bakal Hantar Surat Dari Peguam!

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, membuat satu kenyataan balas kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana mendakwa beliau sebagai anak kepada pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay sedangkan perkara itu tidak benar.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Hannah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Razman berhubung satu ceramahnya yang berdurasi 30 minit selepas video itu tular di media sosial. 

Hannah akan beri surat kepada Razman

1d4679b0 e3dd 4768 969d 219974af73dc

Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.

Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama.

Permohonan maaf dari Razman 

Af9e004c 1f35 424f bd09 ea436301ee6e

Razman yang memegang jawatan sebagai Adun Semanggol mengaku silap dan telah memohon maaf kepada Menteri KBS itu serta kumpulan YTL atas kenyataan yang tidak berasas.

IKLAN

Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja.

Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut.

#OhmediaNasihat

Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain. Perlu berhati-hati dengan fakta yang hendak disampaikan, lebih-lebih lagi dalam ucapan umum. Kesilapan kecil boleh menjadi isu besar lalu mencetuskan salah faham. 

Ohmedia ebf61ce1 e818 4959 ab04 c8c8fad6d9e5

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Malaysiakini


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas