Connect with us

Oh! Media

Oh! Negara

Fakta Menarik Tentang Yang Di Pertuan Agong Ke-17, Rupanya Baginda Handal Memasak!

Umum sedia maklum, istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 akan diadakan pada Sabtu ini.

Sempena istiadat yang bakal berlangsung, kami nak kongsikan beberapa fakta menarik mengenai baginda yang mungkin ramai tak tahu.

IKLAN

1. Memiliki Lesen Memandu Kereta Api

Tuanku telah mencipta rekod untuk ‘Malaysia Books of Records’ kerana baginda merupakan Sultan pertama di negara ini memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada tahun 2010.

2. Berkhidmat Dengan Kerajaan Johor

Sultan Ibrahim juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa untuk mempelajari selok belok pengurusan pentadbiran negeri.

3. Rajin Dan Pandai Memasak

Paling menarik, Sultan Ibrahim juga minat dan pandai memasak seperti adiknya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda sering dilihat aktif berkongsikan resepi makanan dan masakkannya di media sosial jika mempunyai waktu terluang.

4. Tuanku Adalah Seorang Komando

Tuanku pernah menjalani latihan ‘American Special Forces dan ‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat 19 terjunan payung terjun dengan lapan pada waktu malam, sekali gus ditauliahkan ‘sayap’ dan menjadi seorang komando.

5. Dimasyhurkan Sebagai Tunku Mahkota Johor Pada 3 Julai 1981

Baginda juga pernah menjadi pemangku Raja Johor pada 1984 sehingga 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah ditabalkann sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-8.

6. Hobi Mengumpul Tongkat Kayu

Tuanku juga memiliki lebih 200 koleksi tongkat dengan pelbagai reka bentuk dan saiz. Antara koleksi tongkat-tongkat kayu baginda adalah diperbuat daripada kayu cendana, giam, landasan kereta api dan juga papan lantai kayu.

7. Sultan Yang Berjiwa Rakyat

Gelaran ini sangat sinonim dan sebati dengan Sultan Ibrahim, baginda bukan sahaja gemar malah cukup mudah didekati daripada segenap lapisan masyarakat. Kembara Mahkota Johor adalah salah satu ilham tuanku bagi menyelami denyut nadi rakyat jelata.

Sekadar info, Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 bakal berlangsung pada 20 Julai 2024 (Sabtu) di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.

Jap!


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas