Connect with us

Oh! Media

Dua Anak Bekas Perdana Menteri Isytihar Harta Lebih RM1 Bilion

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

Dua Anak Bekas Perdana Menteri Isytihar Harta Lebih RM1 Bilion

Dua anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani, kini menjadi tumpuan selepas mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengisytiharan ini dilakukan bagi memenuhi permintaan SPRM, yang sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa individu berkaitan laporan Kertas Pandora dan Kertas Panama.

Aset bernilai ratusan juta ringgit…

Image

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, penilaian mendapati Tan Sri Mokhzani memiliki aset keseluruhan bernilai RM1 bilion, termasuk aset peribadi berjumlah RM360 juta. Selain itu, beliau juga mempunyai pegangan saham dan beberapa liabiliti lain.

IKLAN

Sementara itu, Mirzan pula dilaporkan memiliki aset keseluruhan bernilai RM246.2 juta, dengan nilai peribadi sebanyak RM120 juta.

Saya berpuas hati dengan keputusan ini dan siasatan masih diteruskan untuk menilai maklumat yang lebih mendalam.- Ujar Tan Sri Azam Baki.

Image

Untuk pengetahuan korang, SPRM memulakan siasatan terhadap kedua-dua anak Tun Mahathir sejak Ogos 2022.

Tindakan ini dilakukan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

#OhmediaNasihat

Ketelusan dalam mengisytiharkan harta adalah langkah penting untuk membina kepercayaan awam. Sebagai rakyat, kita perlu menyokong usaha pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan dengan adil dan telus.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas