Connect with us

Oh! Media

“Dia Seperti Salahkan Istana” – Puad Zarkashi Dakwa Muhyiddin Tak Hormat YDPA, Cabar Dedah Nama MP Yang Beri Sokongan

Puadmuhyiddin

Oh! Negara

“Dia Seperti Salahkan Istana” – Puad Zarkashi Dakwa Muhyiddin Tak Hormat YDPA, Cabar Dedah Nama MP Yang Beri Sokongan

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil membuat sidang media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.

BACA: PAS Minta Penyokong Buat Solat Hajat Dan Bacaan Yasin, Minta Permudahkan Urusan Muhyiddin Jadi PM

Menerusi sidang media dibuatnya itu, Muhyiddin mendakwa sudah mendapat majoriti yang mencukupi selepas seramai 115 MP menandatangani SD menyokongnya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

IKLAN

Puad Zarkashi dakwa Muhyiddin bongkak, tak hormat Agong

Terbaru, Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tampil memberikan kenyataannya dengan mendakwa Muhyiddin sebagai seorang yang bongkak dan tidak menghormati YDPA.

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran dibuatnya di Facebook, Puad mencabar Pengerusi PN itu untuk mendedahkan senarai 115 Ahli Parlimen yang dikatakan memberi sokongan terhadapnya.

Muhyiddin jelas tidak hormat Yang Di-Pertuan Agong. Muhyiddin dakwa sudah hantar 115 SD ahli Parlimen yang sokong dia jadi PM.

Dia seperti menyalahkan Istana yang kata SD itu tidak lengkap. Kalau berani, dedahkanlah nama 115 MP tersebut. Mana tahu ada nama MP dari BN.

Kalau tidak berani, jangan setakat Istana, rakyat pun tidak percaya.

Terdahulu, Muhyiddin menunjukkan reaksi seakan hairan selepas 115 SD yang sudah dihantarnya menerusi e-mail dikatakan tidak diterima YDPA, sekaligus gagal menunjukkan bukti beliau mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Muhyiddin juga mendedahkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cadangan YDPA yang menitahkan agar Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bersatu untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Kredit: Facebook Dr Puad Zarkashi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas