Connect with us

Oh! Media

“Cubaan Alih Perhatian, PDRM Awasi Propaganda Israel” – KPN Tan Sri Razaruddin

Kpn pdrm israel ohmedia

Oh! Negara

“Cubaan Alih Perhatian, PDRM Awasi Propaganda Israel” – KPN Tan Sri Razaruddin

Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan artikel berhubung perkembangan kes penangkapan warga pendatang haram, Israel yang didakwa dalam misi membunuh musuh seteru. Dakwaan itu dikeluarkan pihak media Israel dan adakah kita nak percaya bulat-bulat?

BACA: Ini Alasan Warga Pendatang Haram Israel Masuk Malaysia

Menjawab persoalan ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan apa yang dikeluarkan media Israel boleh dianggap sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian misi utama suspek masuk ke negara ini.

IKLAN

Ketua Polis Negara waspada dengan propaganda Israel…

Ya, kita maklum tentang penyiaran laporan media Israel yang mendakwa kehadiran suspek ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru di negara ini.

Pada masa ini, siasatan PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menjurus kepada semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini.

PDRM tidak ketepikan ancaman terhadap kepimpinan tertinggi negara dan rakyat Malaysia…

Dalam pada itu, KPN turut menjelaskan pergerakan suspek sebelum ditangkap sedang dalam penelitian pasukan perisikan.

Kita juga sedang meneliti pergerakan suspek sebelum dia diberkas. Siapa orang hubungannya termasuk melihat latar belakang dirinya dengan bantuan dan maklumat perisikan kita.

Malah, kita juga tidak boleh mengetepikan ancaman suspek ini terhadap pemimpin-pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan pemimpin Hamas atau pegawai tertinggi kerajaan asing selain keselamatan rakyat negara kita sendiri.

Apapun, marilah kita berikan sepenuh kepercayaan kepada PDRM dan berdoa agar negara Malaysia dilindungi Allah dari sebarang ancaman luar.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas