Connect with us

Oh! Media

Ini 10 Fakta Menarik Tentang Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Yang Juga Hebat Memasak

Nini Thumbnail Om  1200 × 675px

Oh! Negara

Ini 10 Fakta Menarik Tentang Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Yang Juga Hebat Memasak

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong ke-17.

Mesti korang nak tahu kan beberapa fakta menarik tentang Sultan Ibrahim dengan lebih dekat lagi. Oh! Media kongsikan fakta menarik Tuanku kepada korang semua.

1. Memiliki Lesen Memandu Kereta Api

Korang tahu tak Tuanku telah mencipta rekod Malaysia Books of Records kerana baginda merupakan Sultan pertama di negara ini memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada tahun 2010 dan pernah memandu kereta api pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ2010).

Sultan johor kerta api 1
Kredit Berita Harian

2. Berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor

Bukan itu sahaja, Sultan Ibrahim juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa untuk mempelajari selok belok pengurusan pentadbiran negeri.

IKLAN

3. Pandai Memasak

Paling menarik, Sultan Ibrahim juga minat dan pandai memasak seperti adiknya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda sering dilihat aktif berkongsikan resepi makanan dan masakkannya di sosial media jika mempunyai waktu terluang.

Sultan johor masak
Kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Facebook

4. Menyertai Latihan Ketenteraan

Sultan Ibrahim juga pernah menyertai latihan ketenteraan laut selama tiga bulan di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut yang melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.

5. Tuanku juga ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL kerana baginda mempunyai perkhidmatan ketenteraan udara, darat dan laut.

Gambar tentera

6. Pengalaman melakukan payung terjun

Baginda juga pernah melakukan 19 terjunan payung terjun bersama American Special Forces dan Pathfinder.

7. Ditauliahkan sayap dan mendapat pengiktirafan sebagai Komando

Gambar komando

8. Hobi mengumpul tongkat kayu

Tuanku juga memiliki lebih 200 koleksi tongkat dengan pelbagai reka bentuk dan saiz. Baginda memberitahu sebenarnya mengumpul tongkat kayu adalah hobi sejak dahulu lagi. Antara koleksi tongkat-tongkat kayu Baginda diperbuat daripada kayu cendana, giam, landasan kereta api dan juga papan lantai kayu.

Koleksi tongkat sultan
Kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Facebook

9. Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Sultan ibrahim

10. Selain itu, Tuanku juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri dan menjalani latihan juruterbang helikopter dengan TUDM.

Sangat menarik la berkenaan dengan Baginda, Sultan Ibrahim. Sembah takzim daripada Oh! Media kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sabrina Juhari
Sabrina adalah bekas pelajar intern di Oh! Media yang turut memainkan peranan sebagai hos digital separuh masa. Dengan bakatnya yang pelbagai, Sabrina juga bertindak sebagai editor, penerbit, dan penulis artikel untuk menyokong tim video Oh! Media dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas