Connect with us

Oh! Media

Aset Rohana Rozhan Dibeku SPRM, Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB?

ROHANA ROZHAN

Oh! Negara

Aset Rohana Rozhan Dibeku SPRM, Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan aset dan akaun bank bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Sebab Mengapa Fail Kes Rasuah Melibatkan Ketua SPRM, Azam Baki Ditutup

Menerusi laporan Awani, tindakan pembekuan tersebut telah melarang Rohana melakukan transaksi yang melibatkan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).

Rumah milik Tim Leissner dibeli guna wang 1MDB

ROHANA ROZHAN

SPRM telah melakukan perintah pembekuan selepas menjalankan siasatan ke atas dakwaan rumah milik Tim Leissner yang dibeli menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad.

Pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

Ia dibuat ketika pihak SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner yang mendakwa telah diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London.

Rohana Rozhan menjelaskan yang beliau telah hadir ke SPRM untuk memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

Dalam prosiding berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, Leissner yang merupakan bekas kekasih Rohana mengakui telah membelikan bekas kekasihnya rumah pada tahun 2013 selepas Rohana dakwanya mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas