Connect with us

Oh! Media

Anwar Terima Pelantikan Perdana Menteri Ke-9

Ohmedia anwar

Oh! Negara

Anwar Terima Pelantikan Perdana Menteri Ke-9

Semalam, Agong berkenan untuk melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu selepas mendapat sokongan majoriti 114 Ahli Dewan Rakyat. Ini bermakna Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga diangkat sebagai calon Perdana Menteri terpaksa akur dengan keputusan itu.

BACA: Agong Lantik Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Anwar dalam satu kenyataan media menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah. Perkara itu dimaklumkan malam tadi dan ia mewakili seluruh blok pembangkang.

IKLAN

Akan bekerja lebih gigih untuk hadapi PRU-15

Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan. Bagi pihak Pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada Pilihan Raya Umum yang lalu. – Katanya

Anwar sebelum ini dilihat mendapat 105 sokongan Ahli Dewan Rakyat untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu. Keputusan dilihat tipis tetapi Ismail Sabri mencapai jumlah majoriti yang diperlukan.

Beliau turut mengajak semua untuk sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Covid-19 serta ekonomi negara segera diatasi.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas