Connect with us

Oh! Media

Anak Salahuddin Ayub Pakai Baju Kemeja Putih Bapa, Cabut Tanda Nama Dalam Dewan Rakyat

salahuddin ayub

Oh! Negara

Anak Salahuddin Ayub Pakai Baju Kemeja Putih Bapa, Cabut Tanda Nama Dalam Dewan Rakyat

Perasaan sebak dirasai anak kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub iaitu Fatihah Salahuddin ketika menanggalkan tanda nama ayahnya di Dewan Rakyat.

ADVERTISEMENT

Fatihah datang memakai kemeja putih arwah dan mengakui dirinya sebab terkenang kerja keras bapanya sepanjang berkhidmat.

Saya memakai baju kemeja putih ayah hari ini ke Parlimen untuk mencabut plat nama ayah di Dewan Rakyat.

Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam Dewan. Jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.

Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk memenangkan ayah di Parlimen Pulai.

Anak Salahuddin Ayub anggap Parlimen sebagai keluarga besar…

Dalam pada itu, Fatihah turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sewaktu menjadi Setiausaha Sulit, Tan Sri Ariff, Speaker Dewan Rakyat daripada 2018 sehingga 2020.

Kemudian berkhidmat dengan ayahanda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022.

Untuk pengetahuan, Fatihah juga merupakan seorang peguam dan bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal Parlimen termasuk menyediakan soalan-soalan bagi pertanyaan jawab lisan.

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas