Connect with us

Oh! Media

Akhirnya STR Fasa 1 Akan Dikreditkan, Kadar Bantuan Bagi Isi Rumah Dan Bujang Dinaikkan!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Negara

Akhirnya STR Fasa 1 Akan Dikreditkan, Kadar Bantuan Bagi Isi Rumah Dan Bujang Dinaikkan!

Berita baik buat rakyat Malaysia! Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan mula disalurkan esok dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.3 bilion dan lebih tinggi berbanding RM2.1 bilion pada tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Kewangan (MOF) berkata yang penerima STR akan menerima bantuan ini melalui pengkreditan terus ke akaun bank atau secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.

Secara keseluruhan, program STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan memberi manfaat kepada hampir sembilan juta penerima.

Kadar bantuan STR dinaikkan

Ohmedia duit ringgit malaysia 1

Kerajaan telah meningkatkan kadar maksimum STR untuk isi rumah kepada RM4,600, iaitu kenaikan hampir 25% berbanding RM3,700 pada tahun lepas. 

IKLAN

Bagi golongan bujang pula, kadar bantuan kini dinaikkan kepada RM600 daripada RM500 sebelum ini.

Perdana Menteri tekad kerajaan untuk kebajikan rakyat

Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa peningkatan bantuan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat mengharungi peningkatan kos sara hidup.

Kerajaan MADANI berharap peningkatan sumbangan ini dapat membantu rakyat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.

Permohonan baharu STR & kemaskini dibuka

Bantuan Sara 2025

MOF turut memaklumkan bahawa permohonan baharu dan kemas kini STR akan dibuka sepanjang tahun. Pemohon boleh membuat permohonan di portal rasmi STR.

Peringatan juga diberikan kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap pautan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

#OhmediaNasihat

Manfaatkan bantuan ini dengan bijak untuk keperluan harian yang penting. Sentiasa berhati-hati dengan penipuan dalam talian dan pastikan rujuk sumber rasmi untuk maklumat lanjut.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas