Connect with us

Oh! Media

 70% Pelajar MRSM & SBP Wajib Masuk Aliran STEM Tahun 2025 Ini

Anwar Ibrahim

Oh! Negara

 70% Pelajar MRSM & SBP Wajib Masuk Aliran STEM Tahun 2025 Ini

Kerajaan telah menetapkan bahawa 70 peratus kemasukan pelajar Tingkatan 4 ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2025 mesti daripada aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Kerajaan wajibkan 70% pelajar MRSM dan SBP pilih STEM

5b28814b47a65jpg

Menurut laporan Kosmo, keputusan ini dibuat selepas melihat kemerosotan minat pelajar Melayu terhadap bidang STEM dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mulai tahun depan tanpa kecuali. Ada ibu bapa yang mungkin tidak senang dengan syarat baharu ini, tetapi minat anak Melayu dalam STEM merosot dan kita perlu bertindak.

Usaha kembalikan minat pelajar dalam aliran

Anwar Ibrahim

PM Anwar turut mengarahkan semua pihak berkaitan untuk menggalakkan pelajar memilih aliran STEM, termasuk di sekolah MRSM, SBP dan Sekolah Menengah Agama.

IKLAN

Mulai tahun ini beri tumpuan penuh kepada sekolah-sekolah ini. Kita perlu ambil langkah segera supaya lebih ramai pelajar berminat dengan STEM.

Beliau juga menekankan bahawa bidang STEM semakin penting dalam dunia moden, terutama dengan perkembangan pesat dalam kecerdasan buatan (AI), pusat data, dan pelaburan teknologi.

#ApaKataOhmedia

Pilihan aliran dalam pendidikan sangat penting untuk masa depan. Ibu bapa dan pelajar perlu melihat STEM sebagai peluang cerah dalam kerjaya moden yang semakin berkembang pesat. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang mencabar, kerana ilmu sains dan teknologi adalah kunci kejayaan masa depan!

Anwar Ibrahim

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas