Connect with us

Oh! Media

#YTJT Nama Pulau Kentut Kecil Dan Besar Diambil Sempena Pengantin? Ini Legenda Sebenar Mengenainya

Oh! Lifestyle

#YTJT Nama Pulau Kentut Kecil Dan Besar Diambil Sempena Pengantin? Ini Legenda Sebenar Mengenainya

Kedengaran kelakar tapi tahukah korang bahawa Pulau Kentut sebenarnya wujud? Pulau ini terdiri daripada dua buah pulau yang terletak di sekitar perairan Pulau Langkawi, Kedah.

ADVERTISEMENT

BACA: #YTJT Ini Fungsi Sebenar Mohor Besar Raja-Raja Yang Anda Tidak Tahu

Pulau yang terdiri daripada dua buah pulau ini dinamakan sebagai Pulau Kentut Kecil dan Pulau Kentut Besar. Tapi, apakah yang menyebabkan pulau ini dinamakan sedemikian? Ha, jom kita hayati legenda sebenar mengenai pulau ini.

Legenda Pulau Kentut

Menurut legenda, pulau ini dinamakan sebagai Pulau Kentut berikutan kisah peristiwa perkahwinan antara anak perempuan Mat Chinchang dan anak lelaki Mat Raya. Ha, macam pernah dengar bukan nama tersebut? Nama-nama itu merupakan nama gunung yang terdapat di Langkawi.

Berdasarkan kisah peristiwa perkahwinan itu, keluarga Mat Chinchang dikatakan telah menjamu nasi separuh masak buat pengantin lelaki. Berikutan sakit perut, pengantin lelaki itu terkentut sebanyak dua kali lalu wujudlah pulau-pulau tersebut. Wah, lain macam!

Ha, menarik bukan legenda itu? Tapi, jangan ingat nama pulau ini membuatkan korang fikir bukan-bukan pula. Pulau ini mempunyai air yang sangat jernih dan kebanyakan pengunjung selalu membuat aktiviti snorkeling bagi melihat keindahan batu karang di dalamnya.

Kredit: Mai Singgah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas