Connect with us

Oh! Media

Oh! Lifestyle

#YTJT Kolestrol Baik, Kolestrol Jahat? Ini Adalah 4 Fakta Yang Mampu Ubah Gaya Hidup Korang

Sering kali kita dengar mengenai penyakit kolestrol dalam masyarakat kita. Tapi, tahukah korang bahawa sebenarnya terdapat kolestrol baik dan kolestrol jahat? Mengikut kajian, kolestrol baik digunakan dalam tubuh badan bagi mengurangkan kolestrol jahat.

BACA: #YTJT Kajian Catat Malaysia Negara Dunia Kedua Paling ‘Ketagih’ Media Sosial

IKLAN

Psst, sebenarnya penyakit kolestrol ini bukan takat individu berbadan besar sahaja, yang kurus pun berisiko untuk dapat juga tau! Jom, kita check 4 fakta menarik tentang kolestrol yang mampu ubah gaya hidup korang.

4 fakta tentang kolestrol

1. Statistik penyakit kolestrol

kolestrol

Mengikut statistik, hampir separuh atau 4 dari 10 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi. Namun, 30-40% daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi.

Untuk pengetahuan, 45% penghidap kolesterol tinggi adalah wanita manakala lelaki hanya 32%. Paling menarik, 20-25% daripada penghidap penyakit ini adalah individu yang berbadan kurus tau!

2. Akibat terlampau banyak kolestrol

kolestrol

Kali ini kami akan kongsi tiga kesan yang akan terjadi pada tubuh sekiranya kadar kolestrol dalam badan berlebihan. Antara kesan yang mungkin berlaku:

  1. Angina
    • Sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent Claudication. Ini akan membuatkan rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu.
  2. Stroke
    • Berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.
  3. Xanthoma
    • Ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah.

3. Punca kolestrol

kolestrol

Terdapat hadis yang diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma’dikarib RA, baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:

Tidak ada tempat yang lebih buruk daripada memenuhi perut keturunan Adam. Cukup keturunan Adam mengambil apa yang dapat menguatkan tulangnya. Jika ia adalah sesuatu yang perlu untuk diisi, maka satu pertiga makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.

Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2380. Dinilai Hasan

Hal ini juga membuktikan bahawa pemakanan yang tidak seimbang dan berlebihan merupakan salah satu punca kepada peningkatan kolestrol dalam badan. Ingat ya, makan banyak tapi tak gemuk bukan alasan untuk tiada penyakit.

4. Langkah cegah kolestrol tinggi

kolestrol

Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diikuti untuk mencegah penyakit kolestrol tinggi:

  1. Berhenti merokok.
    • Merokok dapat meningkatkan risiko penyakit jantung dan mempercepatkan pembiakan plak dalam arteri.
  2. Banyakkan aktiviti bersenam.
    • Aktiviti fizikal mampu membaiki kadar kolestrol dalam tubuh. Cuba untuk bersenam selama 30-60 minit setiap hari seperti berjogging, berlari atau berenang.
  3. Kurangkan berat badan untuk capai BMI yang optima.
    • Dengan menurunkan berat badan, kadar kolestrol juga dapat diturunkan juga.
  4. Pilih untuk makan makanan yang seimbang.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang berkolestrol dan hindari minuman alkohol. Banyakkan ambil sayur, buah-buahan dan ikan.

Kredit: Facebook

Sebab fakta kali ini dapat menambah pengetahuan buat semua!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas