Connect with us

Oh! Media

#YTJT Ini Tiga Faktor Utama Punca Kadar Cerai Negara Meningkat

Oh! Lifestyle

#YTJT Ini Tiga Faktor Utama Punca Kadar Cerai Negara Meningkat

Sejak kebelakangan ini, negara kita sering mendengar kes cerai antara pasangan selebriti yang telah lama berkahwin. Mengikut statistik oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, hampir 45,429 kes cerai telah didaftarkan pada tahun 2021.

ADVERTISEMENT

BACA: #YTJT Rupanya Selama Ni Bayi Berkomunikasi Tanpa Kita Sedar, Ini 5 Bunyi Yang Ibu Perlu ‘Alert’

Tapi, apakah faktor terjadinya tindakan drastik oleh pasangan ini? Oleh itu, Oh! Media kongsikan pendapat dan faktor utama kes cerai berlaku daripada Peguam Syarie, Nurul Syafawani Rahim. Jom, kita check!

Faktor utama kes cerai

cerai
kredit: PONBEE

Masalah kewangan

Menurut Syafawani, salah satu punca penceraian itu berlaku adalah faktor masalah kewangan. Kegagalan dalam menguruskan kewangan keluarga menyebabkan bebanan hutang makin tinggi dan mendatangkan tekanan pada ahli keluarga.

cerai
kredit: Vecteezy

Gagal kawal emosi

Selain itu, kegagalan dalam mengawal tekanan emosi juga menyebabkan kes penceraian berlaku. Rentetan tekanan ini menyebabkan berlaku keganasan rumah tangga serta penderaan fizikal dan emosi pasangan.

cerai
kredit: CTV News

Latar belakang berbeza

Tidak sekufu atau perkahwinan antara dua darjat juga boleh menyebabkan pasangan tidak bahagia dalam alam perkahwinan. Hal ini berlaku disebabkan ketidaksefahaman antara pasangan yang mempunyai latar belakang bagai langit dan bumi.

Paling penting, jangan jadikan lafaz talak itu sebagai zikir harian tanpa berfikir panjang. Syafawani juga menasihatkan buat pasangan di luar sana untuk sentiasa memberi sokongan sekiranya mengetahui pasangan masing-masing mempunyai masalah.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas