Connect with us

Oh! Media

“We Have Failed Our People” – Doktor Luah Rasa Sedih Bila Pesakit Kena Tunggu Giliran Terlalu Lama

doktor

Oh! Lifestyle

“We Have Failed Our People” – Doktor Luah Rasa Sedih Bila Pesakit Kena Tunggu Giliran Terlalu Lama

Ohmedia yakin, antara kita pasti pernah kena sidai lama setiap kali nak dapatkan rawatan kesihatan dekat klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Memang betul kalau nak cepat boleh pergi swasta tapi tidak semua orang mampu.

ADVERTISEMENT

Situasi ini dilihat seperti tiada perubahan dan hanya dibiarkan sahaja tanpa sebarang perhatian mahupun inisiatif untuk menambah baik.

Kecewa dengan sistem kesihatan kita..

Ohmedia tertarik dengan luahan seorang doktor di Twtitter, @AinZainuddn apabila menceritakan keadaan menyedihkan pesakit yang datang kerana terpaksa menunggu giliran terlalu lama sampai ada yang terbaring atas lantai.

Celakalah orang yang diberi tugas tapi aniaya duit rakyat…

Doktor ini turut berkongsi ada pesakitnya yang terpaksa beratur sampai terkeluar dari yellow zone.

Patient yang patut masuk resus pun kena down sebab resus penuh. Imagine pt resus pun duduk kat kerusi je. This is so unfair. Unfair to the people. Celakalah orang yang diberi tugas tapi aniaya duit rakyat.

Haih. Kesian sebab I tau dia orang tak mampu nak pergi private. Dah kalau patient 10, doktor 1. Nak tengok cepat camne lagi. I tak mintak thank you pun but at least janganlah datang kat kita orang marah-marah. You or your parents/kids are not the only sick one there.

Dalam pada itu, beliau berharap agar sistem kesihatan negara melakukan satu perubahan yang besar bagi memastikan rakyat dapat perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas