Connect with us

Oh! Media

Watsons Buka Outlet ke-600, Ini Promo Tanda Terima Kasih Untuk Rakyat Malaysia

Branded

Watsons Buka Outlet ke-600, Ini Promo Tanda Terima Kasih Untuk Rakyat Malaysia

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 1994, kini Watsons akan meraikan pembukaan outletnya yang ke-600! Untuk pencapaian ini, Watsons mengucapkan penghargaan untuk sokongan dari rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berkunjung dan berbelanja di outlet mereka. Dengar cerita ada berita gembira untuk korang sempena pencapaian ni, mesti ramai teruja kan?

Haa, sebagai tanda penghargaan atas sokongan, korang semua dijemput ke outlet Watsons ke 600 di Pavilion Bukit Jalil pada 9 Disember, untuk satu acara khas untuk SEHARI SAHAJA. Banyak tawaran yang menarik menanti korang di sana tau.

Apa istimewanya Watsons di Pavilion Bukit Jalil?

Watsons terbaru ini direka dengan elemen fesyen untuk memberi pengalaman menyeronokkan ala runway kepada pengunjung. Bolehlah korang catwalk ala Gigi Hadid nanti! Selain itu, ada beberapa keistimewaan lain seperti:

-Make-up Station yang menawarkan proses makeover pantas oleh mekap artis profesional Watsons. Percuma je tau!

-Style Me dengan tablet #ColourMe memberikan korang mengenakan pelbagai jenis mekap dengan teknologi augmented reality (AR).

-Kaunter Self-Check-Out pula korang boleh proses barang pembelian sendiri tanpa perlu beratur. Mesin check-out pun mesra pengguna, sesiapa pun boleh guna tanpa perlu beratur di kaunter biasa.

-Click and Collect Express pula korang boleh order online dan ambil pembelian dalam masa 4 jam di Watsons. Tak perlu tunggu abang delivery lagi hari-hari. Jimat masa.

Stesen isian semula Naturals by Watsons

Ini merupakan stesen isian semula Naturals by Watsons kedua yang disediakan bagi mengurangkan impak penggunaan plastik. Ada 6 isian semua eco untuk Naturals by Watsons paling laris iaitu Aloe Vera Shampoo & Bath, Argan Shampoo & Bath serta Coffee Shampoo.

Untuk pelanggan Watsons seluruh Malaysia

Bagi pelanggan Watsons di seluruh Malaysia, jangan risau, korang juga tidak ketinggalan akan dapat:

-Peluang menang berbelanja selama SETAHUN! Ahli Watsons ke-600, 6000 dan 60000 akan memenangi 1 tahun berbelanja secara percuma.

-Shopping secara online atau di outlet RM60* dan korang boleh dapat 600 point PERCUMA. 

-Rebat segera sehingga RM186* dengan baucar kesihatan dan kecantikan di Watsons. 

Untuk Pavilion Bukit Jalil outlet sahaja

Eksklusif untuk pengunjung Watsons Pavilion Bukit Jalil, ada beberapa keistimewaan korang akan dapat apabila ke sana antaranya:

-Super Goodie Bag PERCUMA add value  untuk 200 ahli dengan pembelian minimum RM100.

-Baucar RM20 PERCUMA untuk 200 pelanggan pertama serta Goodie bag bernilai RM50 

-Pada 9 hingga 15 Disember, baucar RM5 PERCUMA dengan pembelian minimum RM30.

Buy 2 Save More

Nak akhir tahun, tak sah kalau tak ada sale sana-sini kan? Watsons pun ada guys! Untuk Year End Festive Haul, korang boleh jimat dengan Buy 2 Save More. Mana lagi nak dapat, beli lagi banyak, lagi banyak boleh jimat? Paling best, promosi ini berlangsung secara online dan di outlet, malas keluar rumah, order je online, senang!

2 buah kereta untuk dimenangi

Kalau tadi shopping dapat baucar dan rebat kan? Ada lagi guys yang lagi mengujakan! Dengan Spend & Win, korang berpeluang menang hadiah bernilai RM388,888! Sebuah Nissan X-Trail dan Nissan Almera menanti pemilik baru bertuah yang berbelanja di Watsons! Jom shopping sakan di Watsons kerana peraduan ini berlangsung sehingga 29 Disember ini. Masih sempat lagi guys, mana tahu rezeki boleh bawa balik kereta baru? Ketahui cara untuk menang DI SINI

Cashback RM5 dengan Touch n’ Go e-Wallet

Tak habis di situ, kalau korang buat pembayaran guna Touch n’ Go e-Wallet, korang akan mendapat RM5 cashback dengan pembelian minimum RM60 di outlet dan online. Sah sehingga 29 Disember ni je tau.

Planner edisi terhad, kumpulkan kesemua 3 warna

Tak lama lagi tahun 2022 bakal menjelma, planner dah ada ke belum? Pembelian dengan Pembelian (PWP) di Watsons, hanya perlu bayar RM18.90 untuk dapatkan planner edisi terhad Watsons dengan 3 warna menarik. Warna Hazel Brown dan Sand Brown boleh didapati outlet dan online manakala Denim Blue hanya Eksklusif untuk pembelian online . Cepat kumpulkan ketiga-tiga sebelum kehabisan stok.

Untuk memudahkan korang berbelanja di Watsons tanpa perlu keluar rumah, hadap kesesakan, beratur, bersesak dengan orang ramai, muat turun apps Watsons hari ini. Senang, ada je promo menarik boleh terus beli, tak perlu risau rak dah licin disambar orang dah. Tahu-tahu je sampai depan rumah. Mudah dan jimat masa kan? App ini boleh dimuat turun di App Store, Google Play dan AppGallery. Apa tunggu lagi muat turun sekarang!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas