Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Cuci Air Fryer, Confirm Tak Cepat Rosak!

cuci air fryer

Oh! Lifestyle

Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Cuci Air Fryer, Confirm Tak Cepat Rosak!

Air fryer merupakan satu kemudahan yang sangat diperlukan pada zaman sekarang kan? Bukan je air fryer ni senang nak guna, tapi pelbagai masakan boleh dibuat menggunakan air fryer! Dah tak perlu nak goreng ikan terpercik-percik dekat dapur. Masuk je air fryer, settle! Nak cuci air fryer pun senang je.

ADVERTISEMENT

Haa tapi korang yang guna air fryer ni, tahu tak cara yang betul nak bersihkannya? Kalau korang main cuci je macam cuci kuali, nanti coating dalam air fryer tu boleh rosak tau!

Bila dah rosak, korang kena la beli baru, kan? Membazir je macam tu. Lepasni, korang jangan risau! Oh! Media nak kongsikan tips nak cuci air fryer dengan cara yang betul, yang dikongsikan oleh Amanda Tan di Facebook.

Peralatan yang diperlukan

Langkah-langkah

1. Suis ditutup

Pastikan sebelum nak cuci air fryer, korang kena tutup dulu suis dia dan pastikan air fryer dah betul-betul sejuk, baru boleh cuci!

Selepas itu, korang keluarkan jaring dan letak dekat tepi. Untuk memudahkan kerja, korang ambil tisu dan lap bahagian dalam bakul. Lap semua sisa-sisa makanan yang ada okay! Lepas dah lap, korang masukkan semula jaring tu ke dalam bakul.

2. Didihkan air

Seterusnya, korang kena didihkan air dalam periuk dan bila dah menggelegak, tuang air panas tu ke dalam bakul air fryer. Cara ini dibuat untuk mudahkan sisa-sisa makanan yang melekat tu tertanggal daripada bakul jaring.

Ingat tau, nak cuci air fryer ni tak boleh guna span basuh pinggan yang keras, takut nanti coating dekat air fryer tu tertanggal. Korang boleh biarkan bakul air fryer tu direndam dengan air panas selama 3 minit.

3. Masukkan cuka dan soda

cuci air fryer

Lepas dah rendam, korang boleh ambil 1 penutup cuka dan soda bikarbonat dalam lebih kurang suku sudu. Goncang bakul air fryer untuk memudahkan sisa makanan tertanggal dan rendam lagi beberapa minit.

Step ni korang boleh buat bila perlu je okay? Kalau rasa kotoran dekat air fryer tu senang nak tanggal, boleh skip step ni.

Sementara tu, korang boleh bersihkan bakul jaring air fryer dengan menggunakan senduk kayu atau berus.

cuci air fryer

4. Buang air rendaman, cuci bersih air fryer

cuci air fryer

Lepas dah rendam, korang boleh buang air rendaman tu. Korang kena pegang sisi bakul dan elakkan pegang bahagian handle air fryer. Cuci bersih air fryer tu seperti biasa! Guna sabun dekat dapur tu dan cuci bahagian luar dan dalam air fryer. Gosok secara perlahan okay untuk mengelakkan air fryer korang tu tercalar.

Lepas cuci, bilas dengan air dan siap! Dha bersih la air fryer korang yang disayangi tuu.

Senang je kan? Yang penting, korang tak guna berus yang kasar untuk bersihkan air fryer. Gunakan cara-cara ni kalau kotoran dekat air fryer korang tu terlalu degil nak bersih, okay!

Kalau dah bersihkan bahagian dalam air fryer, yang badan luar pun jangan lupa tau. Lap semua bahagian agar air fryer tu kelihatan bersih dan cantik. Baru la selera orang tengok. Haha.

Korang boleh tengok video Amanda ini di Facebook untuk lebih details okay!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

30 Hari Paling Trending

Ke Atas