Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Inti Nenas Homemade’, Guna Pressure Cooker Je!

inti nenas

Oh! Lifestyle

Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Inti Nenas Homemade’, Guna Pressure Cooker Je!

Siapa yang suka makan kuih tart nenas waktu hari raya? Haa kali ini Oh! Media nak kongsikan resipi ringkas dari Tsu Feh Sufiah, buat inti nenas guna pressure cooker je! Senang sangat, nak buat tart nenas pun akan jadi lebih sedap!

ADVERTISEMENT

Tinggal beberapa hari je lagi kita nak sampai ke bulan Ramadhan. Mesti semua orang excited nak sambut Ramadhan tahun ni kan? Yela, dah dua tahun Malaysia jalankan PKP semasa bulan Ramadhan, perjalanan ke kampung halaman pun terbantut, nak buat kuih raya pun tak ada mood!

Memandangkan tahun ni cerah harapan kita untuk sambut puasa dan raya bersama keluarga di kampung, apa kata korang buat kuih raya semua sendiri tahun ni?

Haa kalau korang rasa nak buat tart nenas, boleh lah ikut resipi yang dikongsikan ni! Tak susah, guna pressure cooker, tekan-tekan, blend, siap!

Resipi Tart nenas gulung iena azizudin oleh iena - Cookpad

Cara-cara buat inti nenas

Yang pertama, korang kena blend 2 biji nenas bersama secawan air. Air tak perlu letak banyak-banyak, asalkan blender boleh pusing, dah cukup.

Boleh gunakan air yang sama tau! Jangan buang air yang di blend sebab air tu yang ada pemanis!

May be an image of fruit

Bila dah blend, boleh letakkan simpulan daun pandan untuk bagi bau wangi. Ada orang suka letak cengkih, kalau korang suka, boleh letak sekali.

Kemudian, tambahkan gula satu cawan dan adjust ikut tahap kemanisan yang korang suka.

May be an image of indoor
May be an image of food

Seterusnya, korang stir fry nenas tadi selama 20 minit. Tutup penutup pressure cooker ni jangan rapat sangat. Kalau rasa inti dah mula kering, boleh buka dan kacau. Kalau dalam 20 minit masih belum kering, boleh tambah masa sampai lah inti tadi jadi kering.

Bila nampak warna dah berubah jadi pekat tu, haa maknanya dah siap lah tu! Senang kan? Bila dah kering, korang keluarkan inti tu dan sejukkan dia. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.

May be an image of food
May be an image of food

Memang senang sangat nak buat inti tart nenas ni. Lepasni kalau mak ajak buat tart nenas, boleh lah offer diri untuk buat inti nenas ni. Bukan apa, kalau beli yang dah siap, kadang rasa dia tak sedap dan terlalu manis. Bila buat sendiri, baru rasa puas sebab gunakan nenas asli!

Boleh cuba semasa bulan Ramadhan yang akan datang ni okay? Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas