Connect with us

Oh! Media

(Video) Tips Nak Simpan Barang Basah, Confirm Tak Cepat Rosak!

barang basah

Oh! Lifestyle

(Video) Tips Nak Simpan Barang Basah, Confirm Tak Cepat Rosak!

Ibu-ibu dan isteri di luar sana mesti selalu pening kan kalau suami bawa balik barang basah bertimbun-timbun? Kadang-kadang tak tahu nak simpan macam mana, sampai ada masa terbuang sebab tak sempat nak masak, dah rosak.

ADVERTISEMENT

Haa, sekarang ni korang dah tak perlu risau lagi dah! Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada tips-tips yang boleh digunakan untuk simpan barang basah ni. Contohnya, barang basah yang selalu wajib ada dekat dapur seperti ikan, daging, sayur, ayam dan lain-lain ni mesti sekali beli, banyak terus kuantitinya kan?

Bila beli dengan kuantiti yang banyak, maka korang pun mestilah simpan barang-barang basah ni dengan cara yang betul. Sebabnya, bila kita simpan dengan cara yang betul, jangka hayat dan tahap kesegaran bahan basah itu boleh bertahan dan lama sikit daripada biasa.

Simpan dalam bekas berasingan

Untuk perkongsian kali ini, @tokeysambalhitam ada berkongsi cara mudah di TikToknya untuk simpan barang basah agar kekal segar dan tahan lama!

1. Sediakan bekas untuk setiap bahan

Okay yang pertama, korang kena pastikan dekat rumah ada tupperware atau sebarang bekas untuk simpan bahan basah. Kalau ada yang jernih, lagi bagus sebab boleh nampak terus dari luar bahan apa yang bakal korang masukkan nanti. Susunan pun akan nampak cantik je bila jernih dan saiz bekas yang sama!

Kalau tak ada bekas, korang boleh juga gunakan ziplock, jenis plastik yang mudah je untuk pakai buang!

2. Siang ikan

Harga barang basah akan terus naik menjelang Raya nanti

Yang kedua, korang kena siang dulu ikan, udang. Lepastu, korang pastikan tak ada air berlendir dekat ikan atau udang yang disiang tu. Bila nak masak nanti, korang tinggal ambil je dah tak payah nak siang atau bersihkan lagi.

3. Simpan ikut kuantiti nak masak

Raih 9.6K 'Retweet', Ini 7 Tip Barang Basah Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama

Seterusnya, korang kena pastukan untuk simpan setiap bahan basah secara berasingan dan nak lebih senang, asingkan ikut kuantiti nak masak. Jadi, bila dah diasingkan, korang tinggal buka bekas yang nak dimasak dan terus basuh bekas tersebut. Senang, kan?

4. Masuk dalam freezer

Simpan Stok Lauk Basah Cara Ini, 3 Minggu Pun Masih Segar - Mingguan Wanita

Akhir sekali, lepas dah susun semua barang basah dalam bekas, korang kena susun dan letak dalam freezer di rumah korang! Susun la cantik-cantik, kalau orang buka, sedap je mata memandang nanti! Kalau mak mentua datang rumah pun mesti kena puji nanti! Hehe.

@tokeysambalhitam #tips cara kita simpan barang basah. Kalau korang? #foryoupage #masukberanda #cookinghacks #organize #seafood ♬ Me Too – Barry ALLEN🇵🇭THABRADAZPHCLO

Jadi itulah dia cara-cara untuk lanjutkan jangka hayat barang basah, agar kekal segar untuk sebulan terus! Bayangkan, dalam sebulan, sehari je korang kena susun and bersihkan barang basah. Bila nak masak, cuma ambil bekas yang diperlukan. Sangat mudah dan cepat!

Kalau korang dah cuba cara ni, jangan lupa untuk kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan tau! Jangan simpan untuk diri sendiri je! Hahah. Selamat mencuba!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas