Connect with us

Oh! Media

Teringin Jus Alpukat? Tak Perlu Terbang Ke Indonesia, Jom Buat Sendiri!

jus alpukat

Oh! Lifestyle

Teringin Jus Alpukat? Tak Perlu Terbang Ke Indonesia, Jom Buat Sendiri!

Kalau sebut pasal jus alpukat, mesti semua teringat akan kesedapan air ini yang terjual di Indonesia kan? Yela, di Indonesia, jus alpukat ni memang sangat terkenal dan memang kepakaran orang sana untuk menghidangkan jus ini.

ADVERTISEMENT

Dekat Malaysia ni bukannya tak ada, tapi rasa dia tak sama kick dengan yang ada di Indonesia. Tapi jangan risau, hari ini Oh! Media nak kongsi dengan korang, resipi jus alpukat yang memang sedap tak terhingga! Jom buat!

Cara penyediaan

Nak buat jus ni, lagi pekat tekstur dia, lagi sedap! Jadi korang kena pandai agakkan berapa kepekatan yang perlu, yang sesuai dengan kehendak korang okay!

Pertama sekali, masukkan 2 biji avokado di dalam blender.

Kemudian masukkan 3 sudu besar susu pekat.

Tambahkan satu cawan ais ke dalam blender.

Lepas dah masukkan bahan-bahan ini dan blend, kalau korang rasa nak tambahkan air, pun boleh tambah okay! Masukkan je dalam blender sekali.

jus alpukat

Okay seterusnya, korang perlukan chocolate syrup untuk dititiskan di keliling gelas!

jus alpukat

Dan step terakhir adalah tuangkan bahan-bahan yang dah di blend tadi ke dalam gelas, dan letakkan whipped cream!

jus alpukat

Haa siap dahh! Kalau korang buat jus alpukat ni, memang tak menyesal lah sebab rasa dia memang sangat sedap! Kalau tak percaya, korang try la buat sendiri okay! Haha selamat mencuba!

Kredit: Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas