Connect with us

Oh! Media

Teringin Daging Bakar Ala Thai? Jom Buat Ikut Resipi Ni!

daging bakar

Oh! Lifestyle

Teringin Daging Bakar Ala Thai? Jom Buat Ikut Resipi Ni!

Mesti semua orang dah bosan asyik makan nasi dengan ayam, lauk semua biasa-biasa je kan? Kadang-kadang tu tekak teringin la nak makan masakan negara lain kan? Haa jangan risau! Harini Oh! Media nak share resipi ‘Daging Bakar Ala Thai’ kalau korang buat, memang akan repeat sebanyak 10 kali! Haha.

ADVERTISEMENT

Nak masak ni sebenarnya senang je, yang penting kena rajin, tahu resipi dan ada bahan-bahan yang lengkap dekat rumah. Baru best nak masak!

Jadi, untuk masak daging bakar ala thai ni, apa je yang korang perlu? Haa jomm kami senaraikan bahan-bahan yang kena ada.

Okay yang pertama kena sediakan bahan untuk perapan daging! Ini bahan-bahannya:

  • 600 gram daging
  • 20 ml/ 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • Akar ketumbar
  • 1 sudu / 20 ml sos ikan atau kicap sotong
  • 1 sudu kecil cili kering kisar
  • 1 pokok / 10-15 gram daun ketumbar

Okay lepas dah ada ni semua, korang boleh gaulkan semua bahan-bahan di atas dan sebatikan pada daging dan perap untuk beberapa minit sebelum bakar. Perapan daging ni, makin lama kita perap, dia makin sedap tau! Jadi korang perap la dalam 30 minit atau 1 jam.

Sementara nak tunggu daging diperap, sekarang ni kena sediakan bahan-bahan untuk sos thai pula ya! Jom!

  • 1 biji / 80 gram bawang merah
  • 3 ulas / 8 gram bawang putih
  • 2 batang / 40 gram serai
  • Akar ketumbar (diketuk)
  • 2 pokok / 20-25 gram daun ketumbar
  • 3 sudu kecil / 6 gram cili kering kisar
  • 260 ml sos cili manis thai

Dah siap semua bahan ni, korang masukkan dalam satu bekas dan gaul sebati! Lepas dah gaul, perahkan sebiji limau nipis, 15 gram kacang tumbuk dan satu sudu atau 15 ml sos ikan! Gaul lagi sehingga semua bahan jadi sebati, barulah sedap!

Okay dah siap perapan daging dan sos thai, sekarang ni dah boleh ambil kuali dekat dapur tu dan panaskan kuali dengan api yang sederhana sebelum kita mula bakar daging!

Masukkan daging yang dah diperap tadi ke atas kuali, lepastu korang terbalikkan daging bagi dia masak betul-betul untuk kedua-dua belah. Tips untuk dapatkan daging yang lembut dan juicy, jangan masak terlalu lama tau! Nanti daging tu jadi keras pulak.

Lepas dah siap masak, letak tepi daging tu, and kemas la dapur anda yang berselerak tu! Hehe lepas dah siap semua, baru boleh ambil daging tadi, potong dan dah boleh hidang untuk keluarga tersayang.

Memang sedap sangat resipi ni, jadi korang takkan menyesal! Nak buat pun senang je kan? Tak ada alasan lagi untuk tak pandai memasak sekarang ni. Kalau rajin, semua boleh buat laa.

Bila dah cuba tu, jangan lupa tag dan kongsikan resipi ni dekat ahli keluarga dan rakan-rakan okay! Benda sedap kena dikongsi, jangan simpan sorang-sorang! Selamat menjamu selera semua.

Kredit: Foodiemy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas