immersify Kuala Lumpur, sebuah galeri seni media pelbagai dimensi, bakal menawarkan satu pengalaman luar biasa kepada pengunjung apabila dibuka pada 28 Februari 2025. Menjanjikan tarikan pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara,.
Digarap di Korea Selatan khas untuk Malaysia
Tarikan ini merangkumi ruang 30,000 kaki persegi dengan 11 kawasan yang mempersona, termasuk zon 360° pertama di negara ini dengan ketinggian 12 meter, dan kafe.
Destinasi didik hibur bertaraf dunia ini siap menerima pengunjung dari semua peringkat usia. Kandungan immersify Kuala Lumpur digarap di Korea Selatan dan dihasilkan secara eksklusif untuk Malaysia.
Dengan matlamat supaya imaginasi dibebaskan untuk meneroka, immersify Kuala Lumpur menawarkan teknologi simulasi maya, dicipta dengan unjuran berdefinisi tinggi (termasuk LED, seni pemasangan dan interaktiviti) dan audio spatial 3D.
Projek usahasama Bitgrim Immersify Group Sdn. Bhd.
Selaras dengan kedudukannya sebagai pusat didik hibur berteknologi tinggi, immersify Kuala Lumpur terletak di lokasi yang strategik, di tingkat bawah The Labs, hab hiburan kreatif di Pusat Bandar Bukit Bintang yang berkeluasan 19.4 ekar.
Projek usahasama Bitgrim Immersify Group Sdn Bhd dengan Eco World Development Group Bhd ini membawa kandungan dan teknologi bertaraf dunia dari Korea Selatan ke Malaysia, dengan simulasi maya yang realistik dan mengujakan menerusi teknologi terkini.
Gabungan penceritaan Korea Selatan dengan kreativiti yang luar biasa, immersify Kuala Lumpur adalah titik pertemuan naratif berwibawa bersama seni inovatif.
Disatukan dengan kepelbagaian budaya Malaysia – cerminan sebenar negara dengan identiti “Truly Asia” – gabungan teknologi berdefinisi tinggi dan seni mengasyikkan ini mampu mengangkat kepelbagaian budaya dan warisan negara menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Tiket pra-pelancaran mula dijual sekarang!
Promosi jualan tiket pra-pelancaran bermula pada 10 Februari 2025 sehingga 27 Februari 2025 di www.immersifykl.com dengan harga pengenalan istimewa bagi tiket individu di antara RM30 dan RM60.
Harga pakej keluarga bermula dari RM123. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi antara pengunjung terawal ke pembukaan tarikan terbesar di Kuala Lumpur pada tahun 2025, dan alami tarikan yang paling unik di Malaysia!