Connect with us

Oh! Media

simpan ayam

Oh! Lifestyle

Tak Perlu Rendam Untuk Masak, Ini Cara Mudah Simpan Ayam!

Siapa dekat sini yang selalu rendam dulu ayam sebelum masak sebab nak asingkan ayam yang dah beku? Haa sekarang ni korang dah tak perlu susah-susah nak rendam lagi ayam bila nak masak kalau korang ikut cara mudah nak simpan ayam.

Bila kena rendam ayam untuk defrost, akan ambil masa yang lama, kan? Kalau korang ikut cara Rose Afifi ni, dah tak perlu susah-susah dan akan jimat banyak masa korang untuk memasak!

IKLAN

Cara ini dikongsikan oleh Rose Afifi menerusi akaun TikToknya, dan dia harap dapat membantu wanita-wnaita diluar sana terutama yang bekerja dan nak cepat!

1. Cuci ayam sehingga bersih

Sebelum simpan ayam ke dalam bekas, korang kena cuci dulu bersih-bersih ayam tersebut dan toskan dia masukkan dalam besen atau sebarang bekas agar dia tidak terlalu berair.

2. Kertas pembalut makanan

Selepas dah cuci bersih dan tos, korang boleh ambil kertas pembalut makanan yang berwarna coklat ni! Kertas ni ada dua permukaan tau, pastikan korang ambil yang bahagian luar, bahagian yang licin ada plastik untuk alaskan dalam bekas.

3. Susun dalam bekas

Okay selepas dah ambil pembalut tu, korang lipat dua pembalut tu dan masukkan dalam satu tupperware atau sebarang bekas yang boleh isi bilangan ayam yang dah dicuci. Susun semua ayam atas pembalut makanan tu!

4. Lapikkan kertas atas ayam

simpan ayam

Lepas dah penuh satu lapisan, korang ulang balik langkah yang sama dan letakkan pembalut makanan yang baru atas ayam. Susun ayam yang lain di atas ayam tersebut untuk elakkan ayam-ayam itu melekat sesama sendiri.

5. Tutup bekas, simpan!

simpan ayam

Lepas bekas yang korang gunakan tu dah penuh, tutup bekas tersebut dan simpan dalam peti ais! Korang mesti gembira sebab ayam-ayam tadi tak akan melekat dan dah tak perlu nak rendam semua sekali bila nak masak.

simpan ayam

Bila dah beku, korang keluarkan je ayam tu dengan pembalut makanan sekali. Bila ikut langkah-langkah ni, korang boleh masak ayam dengan kauntiti yang sikit dan tak perlu nak rendam semua sekali banyak.

simpan ayam

Cantik je kan ayam tu? Tak melekat dan akan memudahkan kerja di dapur! Jangan lupa tau korang cuba langkah-langkah ni dan bagitahu semua sanak-saudara tips yang sangat berguna untuk jimatkan masa para ibu dan wanita bekerjaya di luar sana! Selamat mencuba!

@roseaffi harap dapat membantu #fypシ ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah
@roseaffi ni hasilnya#fypシ ♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas