Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Bayar Mahal-Mahal, Ini Rahsia Wanita Thai Cantik Luar Dalam!

wanita thai

Oh! Lifestyle

Tak Perlu Bayar Mahal-Mahal, Ini Rahsia Wanita Thai Cantik Luar Dalam!

Kalau kita tengok wanita-wanita di Thailand, mesti jealous kan? Kulit wanita Thai semuanya cantik dan halus mulus, bentuk badan pun sentiasa langsing!

ADVERTISEMENT

Pelik tak kenapa mereka boleh dapatkan kulit dan bentuk badan yang sempurna macam tu? Haa, kalau korang nak tahu, sebenarnya mereka ini menjaga pemilihan makanan setiap hari tau!

Gaya pemakanan yang sihat la yang membantu serlahkan lagi kecantikan luaran dan dalaman mereka ni. Wanita di Thailand juga terkenal dengan mengamalkan petua semulajadi dan rutin alami setiap hari. Jadi, tak pelik lah kalau kulit dan badan diorang sentiasa cantik!

Jom kita tengok rutin yang dilakukan oleh wanita Thailand untuk kelihatan cantik dan berseri-seri!

1) Berurut

Salah satu amalan yang dilakukan oleh wanita di Thailand adalah berurut! Berurut ni dah jadi kewajipan buat mereka, sebab itu la di Thailand ramai yang pandai mengurut.

Mengurut ni dapat melancarkan perjalanan darah dan merehatkan tubuh badan. Bila badan dah rehat, sekali gus dapat menenangkan minda dan jiwa kita.

Kalau korang nak tahu, minyak urut yang mereka pakai pun semuanya guna bahan semula jadi, seperti minyak kelapa dicampur halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup.

2) Beras pulut

Beras pulut merupakan menu tradisi buat masyarakat di Thailand! Sebenarnya, bila kita makan pulut, ia dapat memberi bonus pada kulit wajah yang cantik dan bersih.

Sebabtu la, kalau korang perasan, warga Thailand selalu guna beras pulut sebagai masker untuk muka dan badan!

3) Lulur

Amalan warga Thailand yang seterusnya adalah lulur. Haa lulur ni merupakan satu kewajipan buat wanita di Thailand. Lulur badan dapat membuatkan kulit jadi licin dan lembut! Halus dan gebu je nanti kulit badan kita lepas lulur.

Selalunya bahan yang digunakan untuk lulur adalah kunyit, beras, bunga, halia, asam jawa dan buah-buahan.

4) Amal rempah ratus

wanita thai

Kalau korang nak tahu, wanita di Thailand suka mengamalkan makan herba dan rempah ratus. Menu yang selalu mereka pilih adalah halia, lengkuas, serai dan herba serta rempah ratus sebagai pilihan dalam hidangan.

Pilihan rempah ratus yang panas dan hangat inilah yang akan membuatkan dalaman tubuh badan jadi lebih sihat dan hebat!

5) Santan untuk rambut

wanita thai

Rahsia untuk memiliki rambut yang sihat dan lebat adalah dengan menggunakan sumber asli, iaitu santan! Wanita Thailand menggunakan santan untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik sentiasa. Yela, tak ada bahan kimia, semuanya asli! Macam mana la tak cantik rambut tu kan?

6) Masker semula jadi

wanita thai

Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, wanita Thailand memilih masker semula jadi seperti betik dan beras pulut! Dua bahan ini merupakan pilihan utama kerana mampu memberikan hasil yang cantik dan memuaskan.

Jadi, apa tunggu lagi? Dah boleh pergi dapur, kumpul semua bahan-bahan yang tertera di atas dan mulakan aksi korang untuk dapatkan kulit wajah dan badan yang langsing! Senang je, semua bahan-bahan yang digunakan mudah nak cari dan murah je.

Jangan tunggu lama-lama okay! Selamat mencuba!

Kredit: Keluarga

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas