Connect with us

Oh! Media

Oh! Lifestyle

Tak Payah Tunggu Kenduri Kahwin, Ini Lokasi ‘Nasi Kenduri’ Anda Kena Cuba!

Nasi minyak, ayam masak merah, daging hitam dan jelatah sememangnya sinonim dengan hidangan di majlis perkahwinan orang Melayu.

Selain meraikan pengantin, hidangan di majlis kahwin juga sangat ditunggu-tunggu tetamu. Memang puas hati dapat makan lauk-lauk kenduri ini kan?

IKLAN

Ha, bagi sesiapa yang ‘craving’, takkan nak tunggu jemputan baru dapat makan? Di sini, kami senaraikan lima lokasi ‘nasi kenduri’ yang anda harus cuba di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Nasi Kahwin Hari-Hari

Terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, warung ini menjual nasi kenduri utara iaitu nasi hujan panas, ayam rose terangkat, ayam dua madu, daging masak hitam, dalca utara dan acar timun. Setiap hari Jumaat pula, di sini ada menyediakan menu tambahan yang ‘sempoi’.

Harga pula memang sangat berpatutan. Korang tengoklah sendiri, RM8.50 je satu set.

Lokasi: No 8 Jalan Berangan 50200 Kuala Lumpur

Waktu operasi : Isnin hingga Sabtu (10:30 pagi hingga 5:30 petang)

Untuk maklumat lanjut layari Facebook Nasi Kahwin Hari Hari

Dapoq Schombi 

Foto: Instagram dapoqschombi

Korang yang teringin nak makan nasi kenduri Penang-style pula boleh lah ke Dapoq Schombi yang terletak di Ken Rimba, Shah Alam, Selangor. Set kenduri didatangi dengan nasi tomato, daging mamak, ayam bawang, ayam ros, dalcha dan jelatah.

Foto: Instagram dapoqschombi

Untuk set kenduri ni, hanya RM62 untuk 4 orang makan. Lebih kurang RM15 je seorang. Tengok pun dah terliur ni guys, apa lagi jom ajak kawan-kawan korang ‘kenduri’ di sini.

Lokasi: Ken Rimba, D-30(1) Ken Rimba Commercial Centre, Jln Lengkuas D16/D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam (Setiap hari)

Untuk maklumat lanjut layari laman Instagram Dapoq Schombi

Warung Nasi Kenduri Kahwin Hari-Hari

@azmhni.ps

Janji lepasnih ikut mak pi kenduri 😩 bila tengok ni terus teringin nasi kenduri 😋 ##nasikenduri ##fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – azmhni ps

Viral di TikTok, Warung Nasi Kenduri Kahwin Hari-Hari mencuri tumpuan ramai apabila kelihatan serupa macam majlis kahwin.

Mana tidaknya, warung ini dihiasi dengan khemah besar, bunga manggar, pelamin dan paluan kompang untuk mengalu-alukan pelanggan yang hadir.

Lokasi: Jalan Kempas, Kampung Bukit Kapar, 42200 Kapar, Selangor

Waktu operasi:11.30 pagi setiap hari

Kenduri Palace

Baru dibuka bermula 11 November, restoran ini berkonsepkan makanan halal Malaysia ala-ala kenduri Melayu. Menu istimewa yang disediakan di sini adalah “Nasi Minyak Ayam Merah Madu”.

Selain nasi minyak, terdapat pelbagai lagi menu yang lain tau. Orang Bangi bolehlah cuba makan di sini.

Lokasi: Unit LG-02, Sunway Gandaria, Jalan Medan PB2, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam (Solat Jumaat tutup 1 – 2.30 petang)

Untuk maklumat lanjut layari Facebook Kenduri Palace

Nasi Kenduri Uncle Ali Catering

Uish, sampai beratur orang mesti sedap kan hidangan ni? Dibuka bermula jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari, nasi beriani ayam atau daging di warung Uncle Ali Catering dijual hanya RM8 satu set. Set kambing pula dijual RM12.

Lokasi 1 :Taman Industri Bolton (depan EZY durian)

Lokasi 2 : Tapak Uptown Taman Sri Gombak(Lori Merah).

Lokasi 3: Danau kota-jalan 1A/6(berdekatan pasaraya makassar)

Untuk maklumat lanjut layari Facebook Nasi Kenduri Kahwin Hari² by Uncle Ali Catering

Lepas ni kalau ada orang tanya ‘bila nak makan nasi minyak’, korang bolehlah tunjuk lokasi-lokasi yang kami dah senaraikan ini. Tak payah tunggu kenduri pun boleh makan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas