Connect with us

Oh! Media

Cappadocia, Maldives & Bali Jadi Lokasi Percutian Paling Popular Di Dunia. Ni Cara Korang Boleh Pergi Travel FREE!

Branded

Cappadocia, Maldives & Bali Jadi Lokasi Percutian Paling Popular Di Dunia. Ni Cara Korang Boleh Pergi Travel FREE!

“Sayang, jomlah pergi Turki, I teringin nak naik belon udara panas. Kalau you bawa pergi Bali pun I onz!”

Siapa je yang tak suka melancong ni kan? Bila melancong kita dapat ‘healing’ daripada bebanan kerja atau perkara yang memberikan kita tekanan. Lagi best kalau dapat tengok negara luar yang mempunyai budaya, panorama dan makanan yang berbeza. Terus dapat belajar benda baru.

Memandangkan sekarang dah masuk musim travel, Oh! Media nak kongsikan 3 ‘syurga dunia’ yang korang wajib kunjungi.

1. Cappadocia, Turkiye

Cappadocia merupakan salah satu wilayah di Turki yang terkenal dengan keindahan landskap batu kapur yang unik dan menakjubkan. Jika di Malaysia, Cappadocia mula jadi buah mulut selepas filem Manisnya Cinta di Cappadocia. 

Mana tidaknya, keindahan sinematografi yang memaparkan belon udara panas terbang tinggi dengan latar belakang permandangan indah membuatkan semua memasang impian untuk ke Cappadocia.

Paling menarik mengenai belon udara panas di Cappadocia ni ialah, korang boleh pilih nak naik sewaktu waktu matahari terbit atau terbenam. Fuhhh.. Pemandangan tu cukup indah dan korang mesti tak boleh lupa punyalah!

Selain belon udara panas, di sini korang juga boleh melawat Goreme, sebuah desa kecil yang terkenal dengan gereja dan biara dari abad ke-10 dan 11 atau ke Uchisar Castle, sebuah perkampungan yang terkenal dengan istana batu kapur. Kalau korang daki ke puncak, korang boleh menikmati pemandangan menakjubkan di Cappadocia. 

Lepas tu jangan lupa singgah di Uchisar Market kalau korang nak beli hasil tangan lokal seperti kain tenunan, seramik dan perhiasan.

2. Maldives

Maldives merupakan sebuah negara yang terletak di Lautan Hindi, fakta menarik mengenai Maldives ialah 99 peratus penduduknya mengamalkan ajaran Islam. So, korang tak perlu risau tentang makanan dekat sini. 

Selalu kalau cakap tentang Maldives, benda pertama yang dibayangkan semestinya pantainya yang indah, air laut jernih serta kehidupan laut yang memukau. 

Antara aktiviti menarik yang korang boleh buat di Maldives ialah berenang dengan ikan paus, berjemur di pantai dengan pasir putih dan air laut biru yang jernih atau snorkeling melihat ikan, terumbu karang, dan pelbagai lagi haiwan laut. 

Nak rasa aktiviti tempatan yang unik, korang boleh berlayar dengan kapal tradisional Maldives yang disebut “dhoni” sambil tu boleh singgah ke pulau-pulau yang berdekatan.

Kalau nak berbulan madu, korang mungkin boleh pilih untuk menginap di resort mewah atas air dengan pemandangan yang indah dan menikmati fasiliti seperti spa, kolam renang dan pantai peribadi.

3. Bali, Indonesia

Siapa yang tidak mengenali Bali, ia merupakan salah satu lokasi pelancongan paling popular di Indonesia.

Jika ke Bali jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan pantainya seperti Pantai Kuta (terkenal dalam kalangan pelayar). Nak lebih tenang korang boleh Pantai Sanu, Pantai Nusa Dua atau Pulau Nusa Penida. Pilih saja mana yang berdekatan dengan penginapan korang!

Kalau korang ingin mempelajari tentang budaya masyarakat dan kesenian, korang boleh singgah ke Ubud, sebuah pusat seni dan budaya di Bali. Di sini ada banyak galeri seni, muzium dan acara kebudayaan.

Ingin sesuatu yang lebih mencabar dan menawarkan pemandangan memukau? Korang boleh ke Tanah Lot, sebuah pura Hindu yang terletak di tebing tinggi, kami berani jamin korang mesti terpukau dengan keindahan di situ atau korang boleh ke Gunung Batur.

Gunung inu mempunyai gunung berapi aktif yang terkenal dengan sunrise trekking. Sampai je puncak, korang boleh saksikan sendiri pemandangan matahari terbit yang luar biasa.

Menarikkan ketiga-tiga tempat ni? Tapi nak tau tak apa lagi best? Korang boleh menang percutian ke Cappadocia, Maldives atau Bali secara PERCUMA dengan Vochelle. Seriuslah?!

Jom Raya Bersama, Cuti Bersama Vochelle!

Pergh bukan biasa-biasa hadiah yang Vochelle tawarkan, pakej pelancongan ke Cappadocia, Maldives dan Bali tu. Siapa je yang tiada impian ke nak jejakkan kaki ke ‘syurga’ dunia ni kan?

Sebab tu Ohmedia nak ajak korang sertai peraduan mudah dari Vochelle ni, Raya Bersama, Cuti Bersama. Mana tau, tahun ni korang dapat merasai pengalaman beraya di luar negara. Barulah tak cliche.

Cara penyertaan mudah saja, korang hanya perlu beli produk Vochelle di pasaraya berdekatan, kemudian ikut langkah di bawah:

Langkah 1: Beli produk Vochelle minimum RM10 dalam satu resit

Langkah 2: Imbas QR/whatsapp 019-2716950

Langkah 3: Hantar gambar resit yang jelas beserta nama penuh & no. kad pengenalan

Hadiah utama: Percutian ke Cappadocia, Turkiye bernilai RM30,000 (untuk 2 orang) x 1 pemenang

Hadiah kedua: Percutian ke Maldives bernilai RM20,000 (untuk 2 orang) x 3 pemenang

Hadiah ketiga: Percutian ke Bali bernilai RM10,000 (untuk 2 orang) x 3 pemenang

Hadiah mingguan: e-Duit Raya Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100 (x480 pemenang, 8 minggu)

Macam mudah je nak menang kan? Tunggu apa lagi? Dapatkan produk Vochelle di kedai atau pasaraya berhampiran korang dan ikut langkah yang kami kongsikan di atas.

Peraduan berlangsung  bermula 1 Mac- 30 April 2023.

Jom alami kenikmatan Belon Udara Panas dengan Vochelle sekarang!

Info lanjut mengenai Vochelle korang boleh klik SINI atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas