Connect with us

Oh! Media

#YTJT Ini 7 Tabiat Pelik Raja Charles III, Raja Britain Baharu

raja charles III

Oh! Inspirasi

#YTJT Ini 7 Tabiat Pelik Raja Charles III, Raja Britain Baharu

Selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II, pada 8 September 2022, Raja Charles III dinaiki takhta sebagai Raja Britain baharu.

ADVERTISEMENT

Baginda secara rasminya ditabalkan sebagai pemerintah ke-40 Britain di Westminster Abbey dalam istiadat pertabalan disempurnakan oleh Uskup Agung Canterbury Justin Welby.

Namun begitu, Raja Charles III sebenarnya mempunyai beberapa tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.

1) Penggemar Menu Telur

Baginda sangat gemar dengan hidangan telur dan tabiat ini jelas dilihat sewaktu hari pertabalannya apabila hidangan Quiche dipilih sebagai hidangan istimewanya. Quiche adalah makanan yang berasal dari Perancis. Sajian ini diperbuat daripada tepung gandum bersama bayam, ikan salmon, ayam, daging salai yang disalut dengan keju.

Menurut seorang chef yang telah membakar Quiche untuknya, baginda sangat menggemari menu telur dan keju. Bahkan, Charles akan menikmati tujuh biji telur setiap pagi ketika sarapan. Wow, baginda memang penggemar setia menu telur!

2) Penonton Setia Drama

Ini merupakan salah satu hobi Charles yang ramai tidak tahu. Raja Charles III gemar menonton drama. Baginda juga pernah menunjukkan sokongan dengan laungan mengejut kepada drama Emmerdale di Anugerah Televisyen Kebangsaan pada Oktober lalu. Charles berkata dia telah menonton rancangan itu sejak zaman Emmerdale Farm pada tahun 1989. Malah, dia juga menonton Poldark, sebuah drama bersejarah dan The Night Manager yang menampilkan Tom Hiddleston.

3) Penggemar Sayur Segar Dari Ladang

Raja Charles III turut menyukai sayuran segar yang dipetik terus dari ladang seperti sayur bayam, tarragon dan kacang panjang. Charles juga dikhabarkan membawa hasil tanaman bersamanya ketika melakukan lawatan diraja.

4) Dengar Muzik Dengan Lembu

Walaupun kedengaran pelik tetapi Raja Charles III sering mendengar muzik dengan lembunya. Menurut baginda, muzik membantu menjadikan proses memerah susu lembu lebih menyeronokkan. Tambahan, Charles pernah meminta penyanyi Katy Perry menyanyi untuk tanamannya, dimana tabiatnya yang suka membisikkan perkara manis. Juga dipercayai dapat mempercepatkan tumbesaran tumbuhan.

5) Sentiasa Bawa Tempat Duduk Tandas Kulit Khas

Menurut Christopher Andersen iaitu penulis biografi, Raja Charles III tidak pernah melawat keluar tanpa tempat duduk tandas material kulit khas. Pakar Diraja Tina Brown juga mendedahkan tabiat Charles iaitu dia turut membawa dua lukisan landskap Scotland dan katil ortopedik.

6) Tulisan Tangan Yang Unik

Charles mempunyai tulisan tangan yang sangat unik. Terdapat beberapa suratnya dalam jurnal menjukkan tulisan tangannya dan dirujuk sebagai ‘memo labah-labah hitam’. Nama panggilan itu diberikan kerana tulisan Charles memiliki signature khas yang bergaya kursif nipis, halus dan rapat.

7) Memiliki Nama Penuh Yang Panjang

Raja Charles III memiliki nama penuh yang lebih panjang iaitu Charles Philip Arthur George Mountbatten Windsor.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas