Connect with us

Oh! Media

Sering Sakit Dada Sebelah Kanan? Ini Mungkin Angkara 5 Penyakit Yang Anda Tidak Tahu

sakit dada

Oh! Lifestyle

Sering Sakit Dada Sebelah Kanan? Ini Mungkin Angkara 5 Penyakit Yang Anda Tidak Tahu

Korang pernah tak tiba-tiba sakit dada di sebelah kanan tetapi tidak tahu apa punca sebenar? Sakit dada belah kanan mungkin bukan perkara biasa dan ia boleh membimbangkan ramai orang.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan pembaca Oh! Media, sebenarnya ada beberapa penyakit atau keadaan yang boleh menyebabkan korang mengalami kesakitan pada dada sebelah kanan.

Namun, ia bukanlah gejala yang spesifik mesti berlaku kepada sesuatu penyakit, tetapi ia boleh menjadi tanda amaran kepada korang untuk membuat pemeriksaan lanjut.

5 Penyakit mungkin berlaku jika sakit dada sebelah kanan

Berikut merupakan beberapa keadaan yang mungkin terjadi kepada korang jika mengalami sakit dada kanan apabila bergerak atau tidak bergerak.

sakit dada

Radang paru-paru (Pleuritis)

Radang paru-paru atau pleuritis ialah keradangan yang terjadi pada membran yang melapisi paru-paru.

Malah, simptomnya termasuklah sakit yang bertambah teruk semasa bernafas secara mendalam atau batuk. Tambahan, penyebab biasa keradangan ini adalah jangkitan virus atau bakteria.

Batu hempedu

Penyakit yang kedua adalah batu hempedu iaitu sejenis kristal keras yang terbentuk di dalam hempedu.

Batu hempedu boleh menyebabkan sakit tajam pada bahagian kanan dada dan boleh dirasakan sehingga ke bahu.

Kebiasaannya keadaan ini berlaku kerana diet yang tinggi lemak dan masalah kegemukan.

Refluks asid

sakit dada

Refluks asid terjadi apabila asid perut mengalir balik ke dalam esofagus, lalu menyebabkan sakit dada di sebelah kiri atau kanan.

Bukan itu sahaja, puncanya adalah kerana diet yang tidak sesuai, obesiti dan merokok.

Namun, dengan mengubah gaya hidup dan ubat-ubatan biasanya cukup untuk merawat masalah ini.

Sakit dada sebelah kanan kerana kecederaan pada otot dada

Dalam pada itu, kecederaan pada otot dada juga boleh menyebabkan sakit dada belah kanan dan juga rasa lemah.

Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti mengangkat beban secara berlebihan atau senaman yang terlalu berat.

Jadi untuk merawatnya korang boleh cuba berehat, penggunaan terapi ais, atau ambil ubat antiradang.

Sakit dada sebelah kanan kerana keadaan jantung

Walaupun agak jarang berlaku, masalah jantung seperti angina juga boleh menyebabkan sakit dada belah kanan.

Ia boleh berlaku kerana penyumbatan arteri adalah punca biasa yang menyebabkan masalah ini. Antara rawatan bagi merawat keadaan ini termasuklah pengambilan ubat khusus atau pembedahan.

sakit dada

Jika korang mengalami sakit dada di sebelah kanan bertambah teruk, jangan abaikan sakit itu dan segera mendapatkan bantuan perubatan.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Isu kesihatan ni jangan ambil mudah ya!

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas